Bersama TM lagi. Kali ini kita akan membincangkan mimpi yang melibatkan WANITA atau PEREMPUAN (NISAA`).
NISAA` / PEREMPUAN: Melihat NISAA` dalam mimpi menunjukkan perhiasan dunia (ziinatud-dunyaa). Maka barangsiapa yang melihat dalam mimpinya bahawa para wanita datang (berhadap) kepadanya, ini bermakna bahawa dunia telah datang (berhadap) kepadanya. Dan sekiranya dalam mimpi didapati para wanita membelakanginya (tidak berhadap kepadanya), maka ini bermakna dunia membelakanginya (iaitu dia menjadi miskin dan berhajat).
Jika dalam mimpinya dia melihat bahawa dia duduk bersama para wanita dengan penuh kesukaan dan ketenangan, maka ini bermakna dia adalah seorang yang pemalas, culas, atau penyegan. Lantaran firman Allah SWT (mafhuumnya):
Mereka telah redha untuk berada bersama orang-orang yang tidak pergi berperang... (At-Taubah: 87).
Dan mereka itu adalah para wanita.
Begitulah terjemahan kasar daripada TA'TIIRUL-ANAAMI FII TA'BIIRIL-MANAAMI, susunan Al-Imaam `Abdul-Ghoniyy bin Ismaa'iil bin Ahmad bin Ibroohiim An-Naabulusiyy Ad-Dimasyqiyy Al-Hanafiyy (bermadzhab Hanafi) An-Naqsyabandiyy Al-Qoodiriyy, halaman 433.
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar...
Wassalaamu'alaikum wrb.
Alfaqiiru ilallooh.
