Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
10 sikap wanita yang disukai lelaki:
sekadar renungan buat kita semua...
bahan: email
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan
mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan
baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam
diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza
dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik
kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila
sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya
dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak
suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh
diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat
yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik
yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka
lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai
lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana
yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia
inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
Diskusi