Risalah Fikir (272) Apakah Kita Seorang Haalik?

'Abdullooh bin Hubaik rohimahullah telah menerangkan: Telah berkata Hudzaifah Al-Mar'asyi rohimahullah:

IN LAM TAKHSYA AN YU'ADZDZIBAKAL-LOOHU 'ALAA AFDHOLI 'AMALIKA FA ANTA HAALIKUN! [Pengertiannya kira-kira: Seandainya engkau telah tidak takut bahawa Allooh SWT meng'adzabkan akan dikau di atas seutama-seutama 'amalan engkau, maka ini bermakna engkau adalah seorang yang binasa (haalik)!]

Begitulah petikan (terjemahan kasar) daripada Sifah As-Sofah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, mujalad 4, muka surat 268.

Afdholul-'amali (seutama-seutama 'amalan atau 'amalan yang paling lebih afdhol dan sempurna) bagi seseorang (jika dibandingkan dengan seorang yang lain) mungkin berbeza-beza menurut taraf kesempurnaan (yang merupakan taufiq dan hidayah daripada Allooh SWT) dsbnya.

  • Bagi si A, afdholul-'amali-nya adalah mungkin solat....
  • Bagi si B, afdholul-'amali-nya mungkin puasa...
  • Bagi si C, afdholul-'amali-nya mungkin tabligh/da'wah...
  • Bagi si D, afdholul-'amali-nya mungkin infaq/pengorbanan....

Dan seterusnya....dan seterusnya...

Pokoknya, setiap orang mungkin mempunyai afdholul-'amali yang berbeza-beza berbanding dengan yang dipunyai oleh orang lain. Kembali kepada kita (termasuk saya sendiri), agak-agaknya apakah afdholul-'amali yang kita miliki (dengan izin daripada Allooh SWT)? [Kita sendirilah yang mengetahuinya......atau pun tidak tahu juga?]

DAN PERSOALAN YANG SANGAT PENTING adalah: ADAKAH KITA MERASA TAKUT BAHAWA ALLAH SWT MENG'ADZABKAN KITA DI ATAS (MENERUSI) AFDHOLIL-'AMALI KITA ITU? Jawapan yang ikhlas daripada soalan di atas memberitahu kita kedudukan kita yang sebenarnya, sama ada kita termasuk seorang yang binasa/haalik (na'udzubillah min dzaalik!) atau sebaliknya.

Dan yang tidak kurang parahnya (mungkin terlebih parah)... Adakah kita merasa aman (tidak takut) bahawa Allooh SWT meng'adzabkan kita menerusi aqbahil-'amali (sejelek-jelek 'amalan yang ada pada kita)? Iaitu kita merasa keselamatan dalam kejelekan 'amalan? (na'udzubillah min dzaalik!).

Kita sendirilah yang menjawab soalan-soalan di atas. Dan kita sendirilah yang dapat merasakan apakah kita termasuk seorang yang haalik (seorang yang binasa) daripada para haalikiin atau pun tidak termasuk.

ALLOOHUMMA J'ALNAA MINAS-SU'ADAA! [YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI TERMASUK GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERBAHAGIA!]

WA LAA TAJ'ALNAA MINAL-HAALIKIIN! [DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI TERMASUK GOLONGAN HAALIKIIN / ORANG-ORANG YANG BINASA!]

Walloohu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alfaqiiru ilallah.

MUFRODAAT:

  • [1] QUBH / QUBHUN, QOBAAHAH: keburukan, kejelekan, kekejian.
  • [2] AL-'AMAL AL-QOBIIH: 'amal yang jelek.
  • [3] HAALIK: seorang yang binasa.

'Abdullooh bin Hubaik roh.a. telah menerangkan : Telah berkata Hudzaifah Al-Mar'asyiyyroh.a. :

IN LAM TAKHSYA AN YU'ADZDZIBAKAL-LOOHU 'ALAA AFDHOLI 'AMALIKA FA ANTAHAALIKUN ! [pengertiannya kira2 : SEANDAINYA ENGKAU TELAH TIDAK TAKUT BAHAWAALLOOH SWT MENG'ADZABKAN AKAN DIKAU DI ATAS SEUTAMA2 'AMALAN ENGKAU MAKA (INIBERMA'NA) ENGKAU ADALAH SEORANG YANG BINASA (HAALIKUN)!].

Begitulah petikan (terjemahan kasar) drp Sifah As-Sofah, susunan Al- ImaamAl-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujalaad 4, muka surat268.

Afdholul-'amali (seutama2 'amalan atau 'amalan yang paling lebih afdhol dansempurna)bagi seseorang (jika dibandingkan dgn seorang yg lain) mungkin berbeda2menurut taraf kesempurnaan (yang merupakan taufiiq dan hidaayah drp Allooh swt)dsbya.

Bagi si A, afdholul-'amali-nya adalah mungkin solat....

Bagi si B, afdholul-'amali-nya mungkin puasa...

Bagi si C, afdholul-'amali-nya mungkin tabliigh/da'wah...

Bagi si D, afdholul-'amali-nya mungkin infaaq /pengorbanan....

Dan seterusnya....dan seterusnya...

Pokoknya, setiap orang mungkin mempunyai afdholul-'amali yg berbeda2berbanding dgn yg dipunyai oleh orang lain. Kembali kepada kita (termasuk sayasendiri), agak2nya apakah afdholul- 'amali yang kita miliki (dgn idzin drpAllooh swt) ? [Kita sendirilah yg mengetahuinya......atau pun tidak tahu juga ?]

DAN PERSOALAN YG SANGAT PENTING adalah : ADAKAH KITA MERASA TAKUT BAHAWAALLOOH SWT MENG'ADZABKAN KITA DI ATAS (MENERUSI) AFDHOLIL- 'AMALI KITA ITU ?Jawapan yg ikhlas drp soalan di atas memberitahu kita kedudukan kita ygsebenarnya, sama ada kita termasuk seorang yang binasa / haalik (na'uudzubillaahimindzaalik !) atau sebaliknya.

Dan yg tidak kurang parahnya (mungkin terlebih parah)....Adakah kita merasaaman (tidak takut) bahawa Allooh swt meng'adzabkan kita menerusi aqbahil-'amali(sejelek2 'amalan yg ada pada kita)? Ya'ni kita merasa keselamatan dalamkejelekan 'amalan ? (na'uudzubillaahi min dzaalik !).

Kita sendirilah yg menjawab soalan2 di atas. Dan kita sendirilah yg dapatmerasakan apakah kita termasuk seorang yg haalik (seorang yg binasa) daripadapara haalikiin atau pun tidak termasuk.

ALLOOHUMMAJ'ALNAA MINAS-SU'ADAA` ! [YA ALLOOH, JADIKANLAH KAMI TERMASUKGOLONGAN ORANG2 YG BERBAHAGIA !].

WA LAA TAJ'ALNAA MINAL-HAALIKIIN ! [DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMITERMASUK GOLONGAN HAALIKIIN / ORANG2 YG BINASA !].

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1]QUBH / QUBHUN, QOBAAHAH : keburukan, kejelekan,kekejian. [2] AL-'AMAL AL-QOBIIH: 'amal yg jelek.

[3] HAALIK : seorang yg binasa.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my