: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
TAUBAT NASUHA (Episod 3/4)
DOSA KECIL DOSA BESAR
Dosa itu ada dua macam iaitu dosa kecil dan dosa besar
Yang di sebut ‘Dosa Besar’ ialah setiap dosa yang diancam oleh Allah mendapat siksaan neraka. Demikan yang dikatakan oleh seorang ulama dari golongan ulama salaf.
Berbalik dari pengertian ini, maka yang di sebut ‘Dosa Kecil’ adalah kebalikan dari itu, iaitu dosa-dosa yang tidak membawa sangsi siksaan neraka.
Para Sahabat dan Tabi’in berbeza pendapat tentang perkara ini. Pendapat yang dijadikan pedoman ialah, bahawa dosa besar itu yang kesemuanya dapat diketahui huraiannya dari berbagai-bagai sabda Nabi s.a.w.
Dosa besar itu ialah :
yang bersangkut dengan hati iaitu :
Syirik kepada Allah
Berkecimpung secara terus menerus dalam melakukan maksiat
Putus asa dari Rahmat Allah Taala.
yang menyangkut dengan Lisan iaitu :
Menyaksi secara palsu dan dusta
Menuduh zina terhadap wanita yang suci bersih
Melakukan perbuatan sihir dan yang sebagainya.
Sumpah yang melemaskan, yakni membenarkan yang batil (salah) dan mendustakan yang benar.
yang menyangkut dengan Perut iaitu :
Meminum minuman keras dan apa sahaja minuman yang memabukkan.
Memakan harta anak yatim secara zalim
Makan riba sedang dia mengetahui
yang menyangkut dengan farji (kemaluan) iaitu :
Melakukan zina.
Melakukan liwath (homoseksual)
yang menyangkut dengan Tangan iaitu :
Membunuh orang lain tanpa hak.
mencuri
yang menyangkut dengan Kaki iaitu :
Melarikan diri dari medan perang, iaitu jika seorang muslim berhadapan dengan dua orang kafir, atau sepuluh orang muslim berhadapan dengan dua puluh orang kafir, tidak boleh lari.
yang menyangkut dengan Seluruh Badan iaitu :
Menderhakai kedua ibubapa, termasuk apa sahaja perkara-perkara yang menyebabkan kedua mereka marah terhadap anaknya.
Selain dari dosa besar yang disebutkan ini sebenarnya masih ada banyak lagi dosa-dosa besar yang lain, seperti membunuh diri, takbur, berjudi, memutuskan sillaturrahim, berkata atau berbuat dusta, meninggalkan solat lima waktu, membatalkan puasa ramadhan tanpa sebab dan alasan yang dapat dibenarkan, curang dalam menimbang atau menakar dan yang lain sebagainya.
Menurut Imam Adz-Dzhabi, semua dosa besar itu adalah 70 banyaknya sebagaimana yang telah dibicarakan dalam bukunya berjudul ‘Al-Kaba’ir’.
Wallahua’lam
Bersambung……



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."