Kembali menatapi jawapan yang diberikan oleh Sariyy Saqtiyy rahimahullah kepada Ibnu Abii Al-Wardi rahimahullah bilamana Ibnu Abii Al-Wardi bersedia untuk menggantikan dauroq/kendi milik Sariyy rahimahullah yang telah pecah itu. Jawapan Sariyy rahimahullah adalah:
"ENGKAU NAK GANTINYA UNTUK AKU!? WALHAL AKU MENGETAHUI DARIPADA MANADAANIQ (DUIT) YANG MANA ENGKAU AKAN MEMBELIKAN DAUROQ ITU DENGANNYA? DAN SIAPAKAH YANG MEMBIKINNYA? DAN DARIMANAKAH TANAHNYA (UNTUK BUAT DAUROQ ITU)? DAN APAKAH YANG DIMAKAN OLEH PEMBIKINNYA SEHINGGA DIA SELESAI DARIPADA PEMBIKINANNYA/KERJANYA ITU?"
Itu baru kendi... belum lagi makanan!
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa doa beliau maqbul, solat beliau penuh khusyu' dan tawajjuh... dan sebagainya.
Kembali kepada kehidupan harian kita:
- (a) Hampir setiap pagi kita makan nasi lemak (atau lontong, soto, mee, nasi dagang, dan sebagainya) dan minum teh/kopi/milo di warung-warung. Tetapi kita tidak mengambil pusing bagaimana sifat dan komitmen pembikin nasi lemak (dan semuanya itu) serta teh itu. Apakah mereka orang-orang yang soleh/solehah? Apakah mereka berdzikrullooh semasa menyediakan makanan tersebut? Apakah mereka menutup kepala semasa di luar, yakni semasa menjual nasi lemak, atau mendedahkan aurat? Jika mereka mendedahkan aurat semasa menjual nasi lemak (misalnya), sudah tentulah dosa terus mengalir semasa dia menjual itu... dan kita pergi makan pula? [Memanglah tidak haram... jangan tersilap faham pula!]. Tapi bagaimana kesan keruhanian yang akan kita perolehi daripada itu? Bagaimana kesan keruhanian yang akan kita perolehi dari memakan makanan yang disediakan oleh (air tangan) orang yang tidak bersolat misalnya? [Bukan nak menuduh sesiapa tidak bersolat pula!] Begitu pun makan tengah hari... dan sebagainya.
- (b) Dan hampir kebanyakan makanan kita telah disediakan oleh kilang-kilang yang terdiri daripada pekerja-pekerja kafir dan Islam (Islam yang beramal dan Islam yang tidak beramal?). [Sekali lagi saya tekankan di sini... saya tidak mengatakan haram... cuma meninjau kesan keruhanian kepada kita sehubungan dengan jawapan yang begitu teliti yang telah diberikan oleh Sariyy Saqtiyy rahimahullah di atas!]
- (c) Hai... nampaknya kalau nak makan di warung itu... kena pilih-pilihlah... kena tengok-tengoklah, sekurang-kurangnya apakah si yang memasak (yang menyediakan itu) bertudung atau tidak? Atau mungkin bertudung itu hanya sebagai satu lakonan sahaja kerana nak tarik pelanggan (lepas itu, di tempat terbuka yang lain tak bertudung pula)? Atau kita kena sangka baik?
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa keruhanian kita (termasuk saya sendirilah) terlalu rendah, tidak khusyu' dan penuh lagha dalam solat,... dan sebagainya...
[Diharapkan jangan ada yang salah faham dengan perbincangan ini... kerana semata-mata ingin membandingkan taraf keadaan dan jalan pemikiran kita dengan taraf keadaan dan jalan pemikiran Sariyy Saqtiyy rahimahullah... jauh langit dengan bumi... jauh lagi jalan pemikiran beliau rahimahullah daripada jalan pemikiran kita yang terlalu awam ini ('awaamun-naas)...]
Wallahu A'lam.
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar...
Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Al-Faqir ilallah.
