: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya,
lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?"
Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!,"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat
bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana
anak-anaknya sama-sama bersedih hati
di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah,
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat.
Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"
Jawab Aisyah r.a: "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada
mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni
tanah ke atasnya.Kaum kerabat semuanya kembali.
Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan
segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi,
"Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"
Jawab Aisyah,"Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W :"Wahai Aisyah, sesungguhnya
sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan
masuk ke rumahnya untuk memandikannya.
Maka keluarlah cincin dimasa remaja dari jari-jarinya dan ia
melepaskan pakaian pengantin dari badannya.
Bagi para pemimpin dan fuqaha,sama melepaskan serban dari
kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam
keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar
kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.
Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan
sakaratul maut."
Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,"Wahai orang yang
memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam
keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana
tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"
Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh:"Demi Allah,
wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada
kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat,
maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah
engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat
melihat wajah anak-anakku dan kaum keluarga -ku sebab
ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka.
Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku
tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
"Demi Allah,wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi
janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi
yatim, janganlah menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan
meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali
untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,
"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku
sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku & kaum keluargaku.
Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka
sehingga hari kiamat."
- petikan Suara Roh Bila Meninggalkan Jasad oleh Ust Ahmad Ismail
terbitan IQRA

Kumencari ku menanti Penawar gusar hati Agar bisa ku berlari Mengejar realiti ('_')