Telur : Bagus Atau Tidak?

Oleh ira
2002-08-16 06:33:01

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Sering kita dengar bahawa telur ayam merupakan suatu makanan yang tidak sihat. Sebenarnya, telur merupakan salah satu daripada sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tubuh kita. Selain itu telur juga menjadi pilihan utama manusia sejak berabad lamanya kerana ianya mudah disediakan. Ia juga boleh dimakan secara mentah atau separuh masak. Telur merupakan sumber protein yang terbaik. Ini disebabkan ianya mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh manusia, mudah dicerna dan diserap oleh tubuh dan protein telur juga mampu mengubah protein daripada sumber makanan lain supaya lebih berguna kepada tubuh badan kita. Terdapat kajian yang dilakukan dan menunjukkan telur ayam bukanlah merupakan punca sebenar penyakit koronari jantung. Salah satu kajian telah dilakukan oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa tiada perkaitan pengambilan telur dan penyakit jantung. Mereka menjalankan kajian ke atas seorang sukarelawan yang mengambil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yang mengambil telur melebihi sebiji sehari. Hasilnya, tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagi kedua-dua sukarelawan tersebut.


sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my