Salinan surat daripada Si Penanya dalam RF 268 yang lalu disalinkan semula di bawah ini:
[[Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Saya pernah menerima email daripada anda jika tidak salah mengenai penafsiran mimpi tentang pakaian... yang saya tanyakan bagaimana jika seseorang bermimpi 1. mendapatkan ikan? 2. melihat kotoran?
Wassalam]]-------------------------------------------------------------------
Tentang mimpi melihat kotoran telah pun ana terjemahkan dalam RF 268 tersebut. Tentang mimpi melihat ikan (mendapatkan ikan) akan ana terjemahkan secara kasar sekarang ini, insya-Allah. Mohon maaf kepada penanya lantaran keterlewatan ini.
IKAN (SAMAK): Di dalam tidur (dalam mimpi) jika diketahui akan bilangannya (yakni bilangan ikan-ikan itu), maka ini menunjukkan nisaa` (perempuan/wanita). Dan seandainya tidak mengetahui akan bilangan-bilangannya walhal banyak pula jumlahnya, maka ini menggambarkan harta jarahan (maal maghnam).
Dan barangsiapa melihat (dalam mimpinya) di dasar lautan atau sungai akan ikan yang segar dan subur serta besar-besar yang berkumpul (yakni kumpulan ikan-ikan yang segar-segar lagi besar-besar), dan dia melihat bahawa dia sedang mengeluarkannya sebanyak yang ia suka, atau (dia melihat) bahawa dia memakannya (sebanyak yang ia suka), atau (dia melihat) bahawa dia membahagi-bahagikannya (sebanyak yang ia suka juga), maka sesungguhnya ini menggambarkan bahawa dia akan memperolehi harta ghonaa-im yang banyak sekali mengikut kadar banyaknya dia mengeluarkan ikan-ikan tadi, dan dia membelanjakannya (harta itu) kepada apa yang telah ia habiskannya kepadanya di dalam mimpinya itu daripada makannya atau pembahagiannya atau penyetorannya (storage-nya) tersebut.
Dan ikan huut (ikan paus) di dalam mimpi menunjukkan waziirul-malik (menteri, waziir, pembantu bagi raja/pemerintah/kerajaan) kerana lautan itu adalah suatu raja/pemerintah/malik.
Dan seandainya dia telah melihat di dalam mimpinya bahawa dia sedang menangkap ikan di dalam air, maka sesungguhnya ini menunjukkan bahawa dia (akan) mendengar kalaam/percakapan/berita yang menggembirakannya dengannya.
Dan barangsiapa melihat dalam mimpinya bahawa dia sedang berburu (menangkap) ikan yang besar, maka ini menunjukkan di atas suatu manfa'at dan suatu kebaikan.
Dan barangsiapa melihat dalam mimpinya bahawa dia berburu (menangkap) ikan yang kecil sahaja, maka ini menunjukkan di atas perginya (hilangnya) akan kelazatan dan manfa'at.
[Dan ikan yang lembut/lembek/lunak/halus lagi banyak bersisik (di dalam mimpi) merupakan penunjuk kebaikan bagi orang yang mahu melakukan.... Perhatian: Pada bahagian ini agar sukar bagi ana untuk menterjemahkannya. Diharapkan kepada yang bisa berbahasa 'Arab, tolong rujuk kepada kitab berkenaan dan menterjemahkannya. Ana mohon maaf kepada yang bertanya di atas kelemahan ana ini].
Dan ikan yang dipanggil (diberi nama) sebagai buniyy (iaitu sejenis ikan) adalah merupakan penunjuk kebaikan bagi mereka yang ingin mengahwinkan (melakukan tazwiij) dan bagi mereka yang ingin melakukan perkongsian dengan orang lain.
Dan ikan yang tidak bersisik (jika dilihat di dalam mimpi) dan apa-apa ikan yang dikira sejenis dengannya lagi panjang, menunjukkan di atas 'amalan-amalan yang baatil, lagi menyusahkan/melelahkan serta mengesalkan, dan juga menggambarkan suatu harapan yang tidak bisa disempurnakan, kerana (ikan yang licin tidak bersisik itu) akan tergelincir (terlepas) daripada tangan-tangan.
Dan ikan yang berada di mata air ('uyuun) di dalam mimpi merupakan penunjuk kebaikan dan kemudahan/kegampangan.
[BERSAMBUNG.....]
Begitulah terjemahan kasar daripada Ta'tiirul-Anaam Fii Ta'biiril-Manaam, halaman 219. Kepada yang bisa berbahasa 'Arab, sila rujuk kitab berkenaan dan tolong perbaiki akan terjemahan di atas.]
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalamu'alaiukum wrb., Alfaqiiru ilallah.
MUFRODAAT:
- [1] MANFA'AT: manfa'at, guna, faedah, keuntungan; contohnya: MANAAFI'.
