Jangan

Oleh ira
2002-08-09 01:14:40

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
*JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


*JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


*JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


*JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


*JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


*JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


*JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


*JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


*JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


*JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


*JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


*JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


*JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


*JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


*JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


*JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


*JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


*JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


*JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


*JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan

p/s: ingatan untuk diri saya sendiri dan warga mm...
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my