Risalah Fikir (024) 35 Nasihat Abuu Sulaimaan Ad-daaraanii Rahimahullah

RF kali ini mengajak kita untuk mengambil manfaat daripada nasihat-nasihat Abuu Sulaimaan Ad-Daaraanii Rahimahullah. Nama sebenar beliau Rahimahullah ialah 'Abdurrahmaan bin Ahmad bin 'Atiyyah Al-'Anasiyy. Beliau Rahimahullah termasuk dalam tobaqoh (generasi) yang keenam daripada kalangan ahli Syam (para taabi'in dan taabi'ut taabi'in). Dan beliau Rahimahullah wafat pada tahun 205H.

Abuu 'Imraan, Musa bin 'Isa Al-Jassoos Rahimahullah berkata: Telah berkata Abuu Sulaimaan Rahimahullah... (mafhumnya):

Tolaklah jalan (yang boleh membawa kepada) 'ujub itu dengan ma'rifat terhadap diri/nafsu.

  1. Dan bertakhalluslah untuk mendapatkan kerehatan hati itu dengan sedikit atau tidak ramai teman (dengan kurangnya bergaul dan bercampur).
  2. Dan berta'arradhlah untuk mendapatkan riqqoh hati (graciousness/friendliness of heart) dengan duduk bersama-sama di dalam majlis-majlis ahlil khauf (orang-orang yang takut kepada Allah SWT).
  3. Dan beristijlaablah untuk mendapatkan nur hati (nuurul qalb) itu dengan sentiasa bersedih dan berdukacita (dawaamil huzn).
  4. Dan carilah pintu kesedihan/kedukacitaan (baabul huzn) itu dengan sentiasa berfikrah/berfikir (dawaamil fikrah).
  5. Dan carilah jalan-jalan/bahagian-bahagian fikrah itu dengan berkhalwat.
  6. Dan bertaharrazlah (pelihara dirilah) daripada iblis dengan melawan atau menyalahi (mukhaalafah) hawa nafsu kamu.
  7. Dan bertazayyanlah (berhiaslah) kerana Allah dengan ikhlas dan siddq dalam segala 'amalan.
  8. Dan berta'arradhlah untuk mendapatkan kema'afan itu dengan mempunyai sifat malu terhadap-Nya dan dengan bermuroqabah.
  9. Dan beristijlaablah untuk mendapatkan penambahan ni'mat itu dengan bersyukur.
  10. Dan dapatkanlah kelangsungan ni'mat itu (terus menerus dalam keadaan mendapat ni'mat) dengan merasa takut dan bimbang akan kehilangan ni'mat itu sendiri.
  11. Dan tidak ada 'amal yang setanding seperti 'amal untuk mendapatkan keselamatan.
  12. Dan tidak ada keselamatan yang setanding seperti keselamatan hati (salaamatul qalb).
  13. Dan tidak ada 'aqal yang setanding seperti melawan/menyalahi hawa nafsu (mukhaalafatul hawa).
  14. Dan tidak ada kefaqiran yang seburuk seperti kefaqiran hati (faqrul qalb).
  15. Dan tidak ada kekayaan yang setanding seperti kekayaan hati.
  16. Dan tidak ada kekuatan yang lebih hebat seperti menolak/menahan kemarahan.
  17. Dan tidak ada nur yang setanding seperti nur yaqiin (nuurul yaqiin).
  18. Dan tidak ada yaqiin yang setanding seperti memandang kecil/remeh akan dunia ini (istighsooruddunya).
  19. Dan tidak ada ma'rifat yang senilai seperti ma'rifat diri/nafsu.
  20. Dan tidak ada ni'mat yang setara seperti 'aafiat daripada dosa-dosa.
  21. Dan tidak ada 'aafiat yang setara seperti pertolongan/bantuan taufiq (musaa'adatut taufiq).
  22. Dan tidak ada zuhud yang setara seperti pendeknya angan-angan/cita-cita.
  23. Dan tidak ada kelobaan yang setara seperti saling berlumba dalam mendapatkan darajat-darajat (ukhraawi).
  24. Dan tidak ada ta'at yang setara atau lebih bernilai seperti melaksanakan segala kefardhuan.
  25. Dan tidak ada taqwa yang setaraf seperti menjauhi perkara-perkara yang haram (ijtinaabul mahaarim).
  26. Dan tidak ada kehilangan/ketiadaan yang seteruk seperti kehilangan/ketiadaan 'aqal ('adamul 'aql).
  27. Dan tiada fadhlilah yang sehebat seperti jihad.
  28. Dan tiada jihad yang sehebat seperti bermujaahadah melawan nafsu (mujaahadatun nafs).
  29. Dan tiada kehinaan yang lebih rendah dan merbahaya seperti tama'.
  30. Barangsiapa yang tidak memperelokkan penjagaan/pengawasan terhadap nafsu/dirinya (ri'aayatun nafs), maka hawa nafsunya lebih cepat membawanya kepada kebinasaan (alhalakah).
  31. Kejayaan orang yang ma'sum (dipelihara/dijaga) itu (najaatul ma'sum) tidak akan memberi manfaat kepada orang yang binasa (alhaalik).
  32. Kepahitan taqwa (muraaratut taqwa) pada hari ini adalah merupakan kemanisan (halaawah) pada hari itu (hari akhirat/hari qiyamah).
  33. Orang yang binasa itu ialah orang yang binasa pada akhir safarnya walhal manzil atau tempat persinggahan itu telah hampir didekatinya.
  34. Orang yang rugi itu ialah orang memanifestasikan/merevealkan kesolehan amalnya untuk manusia sedangkan dia berduel atau bermubaarazah dengan keburukan amalnya kepada Dia yang lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri (iaitu Allah SWT).

Begitulah terjemahan kasar daripada kitab Sifah As-Sofwah oleh Al-Imam Ibnu Al-Jauzi Rahimahullah, Jilid 4, Halaman 231. Semoga setiap nasihat di atas dapat kita teliti dan renungi. Marilah kita mengambil manfaat daripadanya.

Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Al-Faqiiru ilallaah.

RF kali mengajak kita bersama untuk mengambil munafa'at drp nasihat-nasihat AbuuSulaimaan Ad-Daaraanii rah.a. Nama sebenar beliau rah.a. ialah 'Abdurrahmaan bin Ahmad bin'Atiyyah Al-'Anasiyy. Beliau rah.a. termasuk tobaqoh (generasi) yg keenam drp kalanganahli Syam (para taabi'iin dan taabi'uttaabi'iin). Dan beliau rah.a. wafat dalam tahun205H.

Abuu 'Imraan, Musa bin 'Isa Al-Jassoos rah.a. berkata : Telah berkata Abuu Sulaimaanrah.a. ...(mafhumnya)....... :

Tolaklah jalan (yg boleh membawa kpd) 'ujub itu dgn ma'rifat terhadap diri/nafsu.

  1. Dan bertakhalluslah kpd (untuk mendapatkan) kerehatan hati itu dgn sedikit atau tidak ramai teman (dgn kurangnya bergaul dan bercampur).
  2. Dan berta'arradhlah untuk (mendapatkan) riqqoh hati itu graciousness/friendlines of heart) dgn duduk bersama-sama di dalam majlis-majlis ahlilkhauf (orang-orang yg takut kpd Allah swt).
  3. Dan beristijlaablah (untuk mendapatkan) nur hati (nuurulqalb) itu dgn sentiasa bersedih dan berdukacita (dawaamilhuzn).
  4. Dan carilah pintu kesedihan/kedukacitaan (baabulhuzn) itu dgn sentiasa berfikrah/berfikir (dawaamilfikrah).
  5. Dan carilah jalan-jalan/bahagian-bahagian fikir/fikrah itu dgn berkhalwat.
  6. Dan bertaharrazlah (pelihara dirilah) drp ibliis dgn melawan atau menyalahi (mukhaalafah) hawaa kamu.
  7. Dan bertazayyanlah (berhiaslah) kerana/untuk Allah dgn ikhlas dan sidq di dalam segala 'amalan.
  8. Dan berta'arradhlah untuk (mendapatkan) kema'afan itu dgn mempunyai sifat malu terhadapNya dan dgn bermurooqobah.
  9. Dan beristijlaablah untuk (mendapatkan) penambahan ni'mat itu dgn bersyukur.
  10. Dan dapatkanlah kelangsungan ni'mat itu (terus menerus dlm keadaan mendapat ni'mat) dgn merasa takut dan bimbang akan kehilangan ni'mat itu sendiri
  11. Dan tidak ada 'amal (yg setanding) seperti 'amal (untuk mendapatkan / menuntut) keselamatan.
  12. Dan tidak ada keselamatan (yg setanding) seperti keselamatan hati (salaamatulqalb).
  13. Dan tidak ada 'aqal (yg setanding) seperti melawan/menyalahi hawaa (mukhaalafatulhawaa).
  14. Dan tidak ada kefaqiran (yg seburuk) seperti kefaqiran hati (faqrulqalb).
  15. Dan tidak ada kekayaan (yg setanding ) seperti kekayaan hati.
  16. Dan tidak ada kekuatan (yg lebih hebat) seperti menolak/menahan kemarahan.
  17. Dan tidak ada nur (yg setanding) seperti nur yaqiin (nuurulyaqiin).
  18. Dan tidak ada yaqiin (yg setanding) seperti memandang kecil/remeh akan dunia ini (istighsooruddunyaa).
  19. Dan tidak ada ma'rifat (yg senilai) seperti ma'rifat diri/nafsu.
  20. Dan tidak ada ni'mat (yg setara) seperti 'aafiat drp dosa-dosa.
  21. Dan tidak ada 'aafiat (yg setara) seperti pertolongan/bantuan taufiiq (musaa'adatuttaufiiq).
  22. Dan tidak ada zuhud (yg setara) seperti pendeknya angan- angan/cita-cita.
  23. Dan tidak ada kelobaan (yg setara) seperti saling berlumba dlm mendapatkan darajat-darajat (ukhraawi)
  24. Dan tidak ada ta'at (yg setara atau lebih bernilai) seperti melaksanakan segala kefardhuan.
  25. Dan tidak ada taqwaa (yg setaraf) seperti menjauhi perkara- perkara yg haram (ijtinaabulmahaarim).
  26. Dan tidak ada kehilangan/ketiadaan (yg seteruk) seperti kehilangan/ketiadaan 'aqal ('adamul'aql).
  27. Dan tiada fadhiilat (yg sehebat) seperti jihaad.
  28. Dan tiada jihaad (yg sehebat) seperti bermujaahadah melawan nafsu (mujaahadatunnafs).
  29. Dan tiada kehinaan (yg lebih rendah dan merbahaya) seperti tama'.
  30. Dan barangsiapa telah tidak memperelokkan penjagaan/pengawasan terhadap nafsu/dirinya (ri'aayatunnafs), maka hawaanya (keinginan hawaa nafsunya) lebih cepat membawanya kpd kebinasaan/kehancuran alhalakah).
  31. Dan kejayaan orang yg ma'suum (dipelihara/dijaga)itu (najaatulma'suum) tidak akan memberi munafa'at kpd orang yg binasa (alhaalik).
  32. Dan kepahitan taqwaa (muraaratuttaqwaa) pada hari ini(didunia ini) adalah merupakan kemanisan (halaawah) pada hari itu (hari akhirat / hari qiyaamat).
  33. Dan orang yg binasa itu (alhaalik) ialah orang yg binasa pada akhir safarnya walhal manzil atau stopping place itu telah hampir didekatinya (telah hampir sampai atau tiba).
  34. Dan orang yg rugi itu (alkhaasir) ialah orang memanifestkan / merevealkan kesolihan 'amalnya untuk manusia sedangkan dia berduel atau bermubaarazah dgn keburukan 'amalnya akan Dia yg lebih dekat kpdnya drp uratlehernya sendiri (iaitu Allah swt).

Begitulah terjemahan kasar drp kitab Sifah As-Sofwah oleh Al-Imam Ibnu Al-Jauzi rah.a.,Jilid 4, Halaman 231. Semoga setiap nasihat diatas dapat kita menelitinya danmerenunginya. Dan marilah kita mengambil munafa'at drpnya.

Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my