Risalah Fikir (060) Meninggalkan Takalluf

Mari kita menyuburkan semula ingatan kita kepada kegemaran atau hobi Al-Imam Asy-Syafi'i (rahimahullah) (RF 56). Telah berkata Al-Imam Asy-Syafi'i (rahimahullah): Hubbiba Ilayya Min Dunyaakum Thalaathun, Tarkuttakallufi Wa 'Isyratul Kholqi Bittalattufi Wal Iqtidaau Bi Toriiqi Ahlittasowwufi. Mafhumnya: Ada tiga perkara yang menjadi kecintaanku di dalam dunia kamu ini iaitu:

  • Meninggalkan TAKALLUF (sifat pura-pura/hypocrisy)
  • Bermu'aasyarah dengan makhluk dengan penuh talattuf (kelunakan/kehalusan/kelemahlembutan/friendliness/politeness)
  • Beriktidaa' dengan mengikuti jejak (meniru ahli tasawuf).

Mari kita berikan tumpuan kepada kegemaran pertama beliau (rahimahullah) di atas, iaitu meninggalkan TAKALLUF (HYPOCRISY/KEPURA-PURAAN/KEMUNAAFIQAN/KEPALSUAN). Sebenarnya jiwa dan nurani orang 'alim itu memang sealiran. Perhatikan RF (12), sebenarnya mereka yang paling sedikit dari segi takalluf adalah para sahabat (rahimahullah). Dan sesungguhnya jiwa Al-Imam Asy-Syafi'i (rahimahullah) benar-benar sealiran dengan jiwa-jiwa para sahabat (rahimahullah). Mari kita salin semula antara isi kandungan dalam RF (12)... iaitu:

Telah berkata Ibnu 'Umar (rahimahullah): "Sesiapa yang ingin bersunnah (mustann, mengambil jalan dan sunnah, berperilaku) maka hendaklah ia bersunnah dengan sunnah orang yang telah mati, mereka itu ialah sahabat-sahabat Muhammad (saw). Mereka adalah khairahaadzihil ummah (yang terbaik di kalangan umat ini), mereka adalah terbaik lagi paling ta'at, lagi paling benar, lagi paling suci dari segi hati. Mereka adalah umat yang paling dalam dari segi ilmu. MEREKA ADALAH UMMAT YANG PALING SEDIKIT DARI SEGI TAKALLUF. Mereka adalah suatu qaum yang mana Allah (swt) telah memilih mereka untuk mengirimkan agama-Nya dan menyerahkan agama-Nya, maka BERTASYABBUHLAH (serupailah) kalian dengan akhlak mereka dan toriqat-toriqat mereka. Maka sesungguhnya merekalah sahabat-sahabat Muhammad (saw), mereka berada di atas al-huda al-mustaqiim (hidayah mustaqim), demi Allah Tuhan Ka'bah!" (Al-Hilyah: Jilid 1, m.s. 305)

Semoga ulangkaji di atas akan terus membentuk jiwa kita untuk mengikis takalluf yang ada pada kita. Walhamdulillah. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Al-Faqir ila Allah.

Mari kita menyuburkan semula ingatan kita kpd kegemaran atau hobi Al-Imam Asy-Syaafi'iirah.a (RF 56). Telah berkata Al-Imam Asy-Syaafi'ii rah.a...: Hubbiba Ilayya Min DunyaakumThalaathun, Tarkuttakallufi Wa 'Isyratul Kholqi Bittalattufi Wal Iqtidaau Bi ToriiqiAhlittasowwufi. Mafhumnya : Ada 3 perkara yg menjadi kecintaanku di dalam dunia kamu iniiaitu

  1. Meninggalkan TAKALLUF/sifat pura-pura/hypocrisy
  2. Dan bermu'aasyarah dgn makhluq dgn penuh talattuf/kelunakan/kehalusan/kelemahlembutan/ friendliness/politeness
  3. Dan beriqtidaa`dgn/mengikuti jejak/following the model or example of/meniru ahli tasowwuf. Mari kita berikan tumpuan kpd kegemaran pertama beliau rah.a. di atas, iaitu meninggalkan TAKALLUF (HYPOCRISY/KEPURA- PURAAN/KEMUNAAFIQAN/KEPALSUAN). Sebenarnya jiwa dan nurani orang 'alim itu memang sealiran...... Perhatikan RF (12), sebenarnya mereka yg paling sedikit dari segi takalluf adalah para sahabat r.a. Dan sesungguhnya jiwa Al-Imam Asy-Syaafi'ii rah.a. benar-benar sealiran dgn jiwa-jiwa para sahabat r.a. Mari kita salin semula antara isi kandungan dlm RF (12)...iaitu:

Telah berkata Ibnu 'Umar r.a.....(mafhumnya)....: "Sesiapa yg ingin bersunnah(mustann, mengambil jalan dan sunnah, berperilaku) maka hendaklah ia bersunnah dgn sunnahorang yg telah mati, mereka itu ialah sahabat2 Muhammad saw, mereka adalah khairahaadzihil ummah (yg terbaik di kalangan ummat ini), mereka adalah terbaik lagi palingta'at lagi paling benar lagi paling suci dari segi hati, mereka adalah ummat yg palingdalam dari segi ilmu, MEREKA ADALAH UMMAT YG PALING SEDIKIT DARI SEGI TAKALLUF, merekaadalah suatu qaum yg mana Allah swt telah memilih mereka untuk mengirimkan agamaNya danmenyerahkan agamaNya, maka BERTASYABBUHLAH (serupailah) kalian dgn akhlaq mereka dantoriiqot2 mereka. Maka sesungguhnya merekalah sahabat-sahabat Muhammad saw, mereka beradadi atas alhudalmustaqiim (hidaayah mustaqiim), demi Allah Tuhan Ka'bah ! ".(Alhilyah: Jilid 1, m.s. 305)

Semoga ulangkaji di atas akan terus membentuk jiwa kita untuk mengikis takalluf yg adapada kita. Walhamdulillaah. Wassalammu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my