Petua Jangan

Oleh iLa~shuhaiLa
2002-08-07 18:15:06

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
...PeTuA JANGAN...
****************

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur
lain cerita..

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau
terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu
membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi
syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati
dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi
kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila
masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang
kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang
bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong
apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan
rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan
kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


"....not all we want we will get..."



Jaga Diri N Hiasi Peribadi..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my