Pengetahuan Yang Berguna Dan Perlu Diketahui Semua

Oleh Jesnita
2002-08-07 18:12:41

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat
apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka
wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse,
mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa
lansung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah.
Kan ke tugas suami tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib
diketahui oleh semua orang.
ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat
mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti
kelahiran cahayamata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

bagi wanita...
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala
bayi keluar,
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas. menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu
sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
>"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas
ku kerana Allah Taala".
Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa
40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari.
Mandilah
dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan
air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain...

InsyaAllah
Moga ilmu saya yang cetek ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini
soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan
diamalkan bersama.

Wallahua'lam. Yang baik itu datang dari Allah dan segala kekhilafan itu
datang dari diri saya sendiri

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my