Risalah Fikir (063) Ejen-ejen Fitnah

Mari kita sama-sama mengenal wukalaa' (ejen-ejen) yang menimbulkan fitnah.

Dan telah dinyatakan oleh Abu Nu'aim rahimahullah di dalam kitab Al-Hilyah (1:274) dari Huzaifah r.a., katanya (mafhumnya): "Sesungguhnya fitnah itu muncul menerusi tiga ejen. Ejen yang pertama ialah menerusi al-haadd an-nihriir, yang mana tidak muncul baginya sesuatu melainkan dia akan menumpaskan dengan pedang (iaitu mengekang, memaksa dan menundukkan). Dan ejen yang kedua ialah menerusi khatiib/penceramah/penda'wah yang menyeru kepada fitnah itu sendiri. Dan ejen yang ketiga ialah menerusi as-sayyid/pemimpin/kepala/ketua/penghulu. Maka, mengenai ejen yang pertama dan kedua, fitnah itu sendiri akan dibentangkan ke wajah-wajah mereka. Dan mengenai ejen ketiga, fitnah itu akan mencarinya sehingga ia akan mengenakan bala terhadap apa yang ada di sisinya (iaitu bala akan datang kepada segala kepunyaannya seperti harta kekayaan, pangkat gelaran, anak isteri dan keluarga)."

Begitulah terjemahan kasarnya.

Agak sukar bagi saya untuk menterjemahkan atau mencari istilah Melayu yang tepat dan berkesan bagi kalimah al-haadd an-nihriir. Namun berikut diberikan imbasan makna bagi kalimah itu satu persatu:

  • Al-haad: An-nasyiit wa as-sarii' fii al-umuur al-maadhii fiihaa (iaitu orang yang sangat nasyiit/cergas/aktif/rajin/tangkas dalam urusan-urusan yang telah berlalu).
  • An-nihriir: Al-fatin al-basiir bi kulli shai'in (iaitu orang yang sangat bijak/pandai/mengerti/faham tentang segala sesuatu).

Pendek kata, al-haadd an-nihriir adalah golongan intelektual, cerdik pandai, cendekiawan, mereka yang terpelajar dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Golongan pensyarah universiti dan pegawai-pegawai lain sudah tentulah termasuk dalam kategori ini.

Sekali fikir, rasanya lebih baik menjadi orang biasa atau 'bodoh', kerana nampaknya orang-orang seperti ini tidak termasuk dalam kategori ejen-ejen fitnah!

Ternyata kepandaian dan ilmu semata-mata belum tentu membentuk jiwa seseorang hamba Allah SWT kepada taraf yang dikehendaki Allah SWT jika tidak disuburi bersama keimanan dan ketaqwaan. Malah, orang-orang sebegini merupakan penabur fitnah. Begitu juga dengan golongan penceramah dan pemimpin jika tidak diiringi dengan ketaqwaan yang sebenar. Penabur fitnah nombor satu adalah Iblis, walhal dialah orang yang tersangat alim, bekas ketua para malaikat.

Alangkah sucinya kehidupan petani, nelayan... bangun pagi solat Subuh turun ke bendang/laut, tanam sayur/padi, tangkap ikan... dan tidak ada masa untuk menabur mungkar dan fitnah.

Bagaimana kata antum pula?

Semoga setelah kita mendengar keterangan Huzaifah r.a. ini, dapatlah kita dengan izin Allah SWT menjaga diri kita dari menjadi sumber fitnah. Semoga Allah SWT memelihara diri kita, ibu bapa kita, isteri/suami kita, anak-anak kita, zuriat kita serta seluruh kaum kerabat kita dari menjadi ejen-ejen fitnah dan kemungkaran. Wallahu a'lam. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Al-faqiru ilallah.

P/S: Sesiapa saja yang terbaca RF 63 ini dan mengetahui istilah Melayu bagi al-haadd an-nihriir, diharapkan dapat memberitahu saya menerusi email ini.

Mari kita sama-sama mengenal wukalaa` (ejen-ejen) yang menimbulkanFITNAH...............

Dan telah mengeluarkan Abuu Nu'aim rah.a. di dalam kitab Al-Hilyah (1:274) drp Huzaifahr.a., katanya....(mafhumnya kira-kira).......: " Sesungguhnya FITNAH itumuncul/terjadi/terbit/datang menerusi/melalui tiga ejen. Ejen yang pertama : ialahmenerusi al-haadd an-nihriir yang mana tidak muncul/terbit/naik baginya sesuatu melainkandia akan menumpaskan dengan pedang (iaitu mengekang, memaksa dan menundukkan). Dan ejenyang kedua : ialah menerusi khatiib/pengkhutbah/jurubicara/penceramah/penda'wah/pensyarah/penyeru/pengajak/mubayyin/ pemidato/ (dsbnya) yangmenyeru/mengajak/menda'wah kepada fitnah itu sendiri. Dan ejen yang ketiga : ialahmenerusi as-sayyid/pemimpin/kepala/ketua/pemuka/penghulu/boss/majikan/pemerintah/penguasa/pentadbir/ pengurus/pengarah/policymaker/decision maker/master/chief/leader/ (dsbnya). Maka ada pun (mengenai) ejen yangpertama dan yang kedua di atas, maka fitnah itu sendiri akandibentangkan/ditelungkupkan/dilemparkan ke wajah-wajah mereka sendiri. Dan ada pun(mengenai) ejen ketiga itu (as-sayyid), maka fitnah itu sendiri akanmencarinya/menuntutnya sehingga fitnah itu akan mengenakan balaa` terhadap apa yang ada disisinya (iaitu balaa` akan datang kepada segala kepunyaannya seperti harta-kekayaan,pangkat-gelaran-jawatan, anak-isteri-keluarga dsbnya)".

Begitulah terjemahan kasarnya.

Agak sukar bagi saya untuk menterjemahkan atau mencari istilah Melayu yg tepat danberkesan bagi kalimah al-haadd an-nihriir. Bagaimana pun berikut diberikan imbasan-imbasanma'na bagi kalimah itu satu persatu.

Al-haad : An-nasyiit wa as-sarii' fii al-umuur al-maadhii fiihaa (iaitu orang yangsangat nasyiit/cergas/aktif/giat/rajin/sigap/tangkas/ cekap/brisk/lively/spirited/animated/busy/energetic/enthusiastic dan sangat sarii'/cepat/sensitif/cerdas/lekasmengerti/bersegera/fast/quick/ prompt/ easily affected/quick-witted dalamurusan-urusan/perkara-perkara yang telah berlalu padanya). An-nihriir : Al-fatin al-basiirbi kulli syaiin ( iaitu orang yang sangat fatin/bijak/pandai/cerdas/mengerti/faham/tajamakal/clever/smart/astute/ sagacious/perspicacious/bright/intelligent dan sangatbasiir/bisa melihat/pandai/arif/bijaksana/berakal/acutely aware/possessing knowledge orunderstanding/discerning/discriminating/versed/ knowledgeable/proficient/acquainteddengan/dalam/mengenai/tentang segala sesuatu).

Pendekata al-haadd an-nihriir adalah golongan atau para intelektual, cerdik pandai,cendekiawan, mereka yg terpelajar (educated), orang-orang yang mempunyai ijazah/sijil,orang-orang yang terlatih, berpengalaman dan mahir (skilled), pakar-pakar/experts,dsbnya..... Golongan pensyarah-pensyarah universiti/academicians ( tetapi tak termasuksaya sebab saya adalah seorang yg ummiyy ?!) dan segala pegawai-pegawainya lain sudahtentulah termasuk dalam kategori ini.

Haai..!! Sekali fikir rasanya lebih baik jadi orang biasa/awam atau jadi orang 'bodoh'pulak, kerana nampaknya orang-orang seperti ini tidak termasuk dalam kategori ejen-ejenFITNAH...!!

Jadi ternyata kepandaian/kepakaran dan ilmu semata-mata belum tentu lagi membentuk jiwaseseorang hamba Allah swt itu kpd taraf yg sebenarnya yg dikehendaki Allah swt jika tidakdisuburi bersama keimanan dan ketaqwaan. Malah orang-orang yg sebegini merupakanpendukung-pendukung kerosakan, mungkar dan fitnah, penabur-penabur fitnah...... Begitu punjuga dgn golongan-golongan khatiib/penceramah/penda'wah/dsbnya (sebagai ejen kedua) dandengan golongan-golongan pemimpin/kepala/ketua/pemerintah/dsbnya (sebagai ejen ketiga)jika tidak diiringi dgn ketaqwaan yg sebenarnya. Penabur Fitnah nombor wahid adalahIbliis.......walhal dialah orang yang tersangat 'alim, bekas ketua para malaaikah, bekaspenghuni syurga...dsbnya.

Alangkah sucinya kehidupan pak tani, nelayan dsbnya.... bangun pagi solat subuh turunke bendang/laut.........tanam sayur/padi......toreh getah dsbnya,......tangkap ikan......solat zohor...qoilulah...... solat asar ........tilaawatAl-Quraan.......dan.....zikrullaah.... dan..........., tak ada masa untuk menabur mungkardan fitnah, tak ada pena untuk mencoret fitnah, tak ada masa untuk E-mailkan fitnah, takada masa untuk berada di meeting tables atas maqsud agenda-agenda fitnah, tak adaidea/teori untuk menabur, menyuburkan dan mengempen fitnah... dsbnya...!!!

Bagaimana kata antum pulak ?!

Semoga setelah kita mendengar keterangan Huzaifah r.a. ini, dapatlah kita dgn izinAllah swt menjaga diri kita drp menjadi sumber FITNAH. Semoga Allah swt memelihara dirikita, ibubapa2 kita, isteri2/suami2 kita, anak2 kita, zuriat2 kita, seluruh kaumkerabatkita, para muslimiin/muslimaat mu`miniin/mu`minaat drp menjadi ejen-ejen FITNAH DANKEMUNGKARAN. Wallaahu a'lam. Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

p/s: Sesiapa saja yg terbaca RF 63 ini dan mengetahui dengan tepat akan istilah Melayubagi al-haadd an-nihriir diharapkan dapat memberitahu saya menerusi email ini.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my