Risalah Fikir (064) Berebut Supaya Darjat Turun

RF kali ini ingin menyampaikan kenyataan dan mau'izah yang telah diberikan oleh Abdullāh Ibnu Umar (r.a.), atau dikenali sebagai Ibn Umar (r.a.) sahaja, iaitu anak kepada Sayyidina Umar Al-Khattab (r.a.). Mungkin ramai di antara kita yang tidak senang dengan kenyataan beliau (r.a.) ini. Tetapi kita harus ingat bahawa segala petunjuk daripada para sahabat (r.a.) tidak boleh kita pertikaikan. Sesungguhnya, apabila kita tidak senang dengan kenyataan dan petunjuk daripada para sahabat (r.a.), ini bermakna di dalam hati kita ada penyakit.

Petunjuk beliau (r.a.) adalah seperti berikut:

Telah mengeluarkan Abū Nu'aim di dalam kitab Al-Hilyah (1:306) daripada Ibnu Umar (r.a.), katanya: "Laa yusiibu 'abdun shay'an mina ad-dunya illaa naqos min darajātihi 'inda Allāhi 'Azza wa Jalla wa in kāna 'alaihi karīman" (mafhumnya: Tidak memperoleh/mencapai/mendapatkan seseorang akan sesuatu daripada dunia melainkan berkuranglah darjat-darjat/kedudukan-kedudukannya di sisi Allah 'Azza wa Jalla walaupun telah ada ia atasnya sebagai mulia).

Jadi, rupa-rupanya darjat manusia ini di sisi Allah (swt) adalah berkadar songsang dengan jumlah nilai/perolehan/habuan/pendapatan dunia ini. Dengan lain perkataan, semakin banyak perolehan/habuan/pendapatan dunia, maka semakin turunlah/berkuranglah darjat-darjatnya di sisi Allah 'Azza wa Jalla.

Jadi, sesungguhnya kita sekarang ini (termasuklah saya sendiri), sama ada disedari atau tidak, sedang berlumba-lumba dan berebut-rebut supaya darjat kita semakin turun dan berkurang di sisi Allah (swt). Ini adalah suatu perlumbaan yang sangat negatif dan merugikan! Wallāhu a'lam. Wassalamu'alaikum warahmatullāhi wabarakātuh, al-faqīru ilallāh.

RF kali ini ingin menyampaikan kenyataan dan mau'izoh yg telah diberikan Abdullaah IbnuUmar r.a. (atau dikenali sebagai Ibn Umar r.a. sahaja, iaitu anak kpd Sayyidina UmarAl-Khottoob r.a.). Mungkin ramai di antara yg tidak senang dgn kenyataan beliau r.a. ini.Tetapi kita harus ingat bahawa segala petunjuk drp para shabat r.a. tidak boleh kitapertikaikan. Sesungguhnya apabila kita tidak senang dgn kenyataan dan petunjuk drp parasahabat r.a., ini bermakna di dalam hati kita ada penyakit..........

Petunjuk beliau r.a. adalah seperti berikut :

Telah mengeluarkan Abuu Nu'aim di dalam kitab Al-Hilyah (1:306) drp Ibnu Umar r.a.,katanya : " Laa yusiibu 'abdun syaian mina ad- dunyaa illaa naqoso min darajaatihii'inda Allaahi 'Azza wa Jalla wa in kaana 'alaihi kariiman (mafhumnya : Tidakmemperolehi/mencapai/mendapatkan seseorang akan sesuatu drp dunia melainkan berkuranglahdarjat-darjat/pangkat-pangkat/kedudukan-kedudukannya di sisi Allah 'Azza wa Jalla walaupun telah adalah ia atasnya sebagai mulia)".

Jadi rupa-rupanya darajaat (darjat-darjat) manusia ini di sisi Allah swt itu adalahberkadar songsang (inversely proportional) dgnjumlah/matanilai/perolehan/habuan/pendapatan dunia ini !!!!! Dengan lain perkataan,semakin banyak perolehan/habuan/pendapatan dunianya maka semakin turunlah/berkuranglahdarajaat/darjat- darjatnya di sisi Allah'Azza wa Jalla.

Jadi sesungguhnya kita sekarang ini (termasuklah saya sendiri), sama ada disedari atautidak, sedang berlumba-lumba dan berebut-rebut supaya darajaat/darjat-darjat kita semakinturun dan berkurang di sisi Allah swt..........suatu perlumbaan yg tersangat negatif danmerugikan !!!!!! Wallaahu a'lam. Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my