RF 311 ini merupakan sambungan daripada RF 310 yang lalu.
Saya telah membaca beberapa ulasan daripada beberapa netizen setelah RF 310 dihantar. Antara lain, salah seorang daripada netizen berkenaan telah menulis:
[Jika mas katakan ulama mazhab Syafii... setahu ana pada bab "niatikhlas" kitab "Riyadhus Solihin" karya Imam Nawawi yang merupakan ulama besar dalam mazhab tersebut, telah dijelaskan tentang tidak adanya penyebutan lisan terhadap niat.]
Jadi sehubungan dengan ulasan netizen di atas, ingin saya sambungkan/jelaskan sedikit lagi mengenai topik yang sama. Ya, Imam Nawawi rohimahullah adalah seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i. Beliau adalah seorang mujtahid mazhab. Begitu banyak sekali kitab-kitab yang telah disusunnya. Di bawah ini ana cuma bentangkan dua petikan (yakni dari dua buah kitab fiqih Imam Nawawi rohimahullah):
Petikan Pertama: [Mafhumnya kira-kira] (CABANG) TENTANG MASALAH-MASALAH YANG BERHUBUNG DENGAN NIYYAT.
(SALAH SATU DARIPADANYA) SEANDAINYA MENGIKUTI AKAN NIYYAT ITU DENGAN UCAPANNYA/PERKATAANNYA: INSYA-ALLAH DENGAN HATINYA ATAU (DENGAN) LISANNYA --- MAKA SEKIRANYA DIQOSODKAN DENGANNYA (YA'NI DENGAN UCAPAN/PERKATAAN INSYA-ALLAH ITU DENGAN HATINYA ATAU DENGAN LAFAZAN/UCAPAN/PENUTURAN YANG KELUAR DARI LIDAHNYA ITU) SEBAGAI TABARRUK DAN BERLAKUNYA PERBUATAN ITU DENGAN MENGIKUT KEHENDAK DAN KEMAHUAN ALLAH SWT --- (MAKA INI) TIDAK MEMUDHARATKANNYA (YA'NI TIDAK MENGAPA), DAN SEANDAINYA DIA MENGQOSODKANNYA SEBAGAI TA'LIIQ ATAU SYAK (MAKA) TIDAKLAH SAH.
Begitulah terjemahan kasar daripada Al-Majmu', jilid 3, halaman 250, susunan Imam Nawawi rohimahullah.
Petikan Kedua: [Mafhumnya kira-kira] (CABANG) NIYYAT ITU DI DALAM KESELURUHAN 'IBAADAT ADALAH DIMU'TABAROHKAN DENGAN HATI. DAN ADALAH TIDAK MENCUKUPI PADANYA (JIKA HANYA) MENUTURKAN (MENYEBUT/MELAFAZ) DENGAN LIDAH SAHAJA BERSERTA KELALAIAN HATI (GHOFLATUL-QOLB), DAN PENYEBUTAN (PENUTURAN/PENGLAFAZAN) DENGAN LIDAH ADALAH TIDAK DISYARATKAN DAN IANYA ADALAH TIDAK MEMUDHARATKAN JIKA BERTENTANGAN DENGAN HATI. SEBAGAIMANA SESEORANG YANG TELAH MENGQOSODKAN DENGAN HATINYA AKAN ZUHUR, TETAPI LISANNYA MENYEBUT/TERSEBUT 'ASAR, MAKA (DALAM HAL INI) DIKIRA ZUHUR. DAN BAGI KAMI ADA SUATU WAJAH YANG SYAAZ: BAHAWASANYA DISYARATKAN UNTUK MENUTURKAN/MELAFAZKAN NIYYAT ITU DENGAN LIDAH, DAN INI ADALAH GHOLAT. DAN SEKIRANYA MENGIKUTI AKTIVITI NIYYAT ITU DENGAN PERKATAAN: INSYA-ALLAH DENGAN HATI, ATAU DENGAN LISAN, MAKA SEKIRANYA DIQOSODKAN DENGANNYA SEBAGAI TABARRUK DAN BERLAKUNYA PERBUATAN ITU MENGIKUT KEHENDAK ALLAH SWT, MAKA INI TIDAK MEMUDHARATKAN (YA'NI TIDAK MENGAPA). DAN SEKIRANYA DIQOSODKANNYA SYAK, MAKA TIDAK SAH LAH SOLATNYA.
Begitulah terjemahan kasar daripada Roudhotut-Talibin, juzuk pertama, halaman 336, susunan Imam Nawawi rohimahullah. [Kepada yang bisa berbahasa Arab, sila langsung rujuk kitab berkenaan dan tolong perbaiki kedua-dua terjemahan kasar di atas.]
Jadi kesimpulannya, antara lain:
- Lafaz niat itu bukanlah syarat, cuma sekadar membantu untuk niyyat itu sampai ke hati. Atas dasar inilah pihak berkenaan mengatakannya sunnah, dan atas dasar sebagai khuruj daripada khilaf bahawa ada pihak yang mensyaratkannya.
- Jelas sekali di atas, bahawa Imam Nawawi rohimahullah mengatakannya adalah tidak memudharatkan (ya'ni tidak mengapa) jika lafaz dengan lisan itu diqosodkan sebagai tabarruk, tidak ta'liiq dan tidak syak. Beliau rohimahullah mengatakan "tidak memudharatkan", ya'ni "tidak mengapa". Yang menjadi masalahnya ialah seringkali pihak yang tidak menerima hakikat ini mengatakan bahawa orang yang melafazkan niyyat itu (seperti melafazkan usollii...) adalah pelaku-pelaku bid'ah. Jadi ini bertentangan sangat dengan ruh keterangan Imam Nawawi di atas. Ya, kalau kita tidak mahu melafazkan niyyat/melafazkan usollii (lagi pun melafazkan ini bukanlah syarat), terserahlah kepada kita, tetapi janganlah sampai kita mengatakan bahawa orang-orang yang melafazkan usollii itu telah melakukan bid'ah. Kalau Imam Nawawi rohimahullah tidak berkata demikian (ya'ni tidak mengatakan bahawa orang-orang yang melafazkan niyyat/melafazkan usollii itu adalah pelaku-pelaku bid'ah), maka SIAPAKAH KITA (berbanding dengan Imam Nawawi rohimahullah yang merupakan mujtahid mazhab) untuk mengatakan demikian? Beranikah kita? Tidak malukah kita? Atau lebih utamakah kita daripada Imam Nawawi rohimahullah itu sendiri?
- Semoga dengan petikan dan muzakarah ini, kita tidak cepat tersasar mengatakan bahawa orang-orang yang melafazkan usollii itu adalah pelaku-pelaku bid'ah. Kalau kita mengutamakan untuk tidak melafazkannya terserah, ibadah kita tidak terjejas. Cuma ketersasulan kita itu tadilah yang perlu dielakkan; kalau dah tersasul perlulah bertaubat. Kita sekurang-kurangnya perlu mengambil sikap seperti Imam Nawawi rohimahullah di atas, iaitu sekiranya lafaz/tutur yang disebut oleh seseorang itu diqosodkan sebagai tabarruk maka itu tidak memudharatkannya, ya'ni tidak mengapa.
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Al-faqir ila Allah.
Mufradat:
- [1] GHOFLAH: kelalaian, negligence.
- [2] GHOFLATUL-QOLB: kelalaian hati.
- [3] 'ALAA GHOFLAH, 'ALAA HIINA GHOFLAH: secara tiba-tiba, tanpa diduga.
