Petikan...

Oleh Shafiah
2004-12-10 15:44:20

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Beberapa petikan ayat untuk renungan di hari yang mulia dan penuh barakah ini, semoga kita semua beroleh pengiktibaran, insyaAllah.

Ingat-ingatlah, pada zaman mutakhir atau hampir Qiamat ini, para ulama akan dipelantingkan, dihalau dan dihina lebih buruk dari gembala kambing. Sebaliknya, para penyanyi, pemuzik, pelawak, penghibur, pemain bola, bowling, golf, dan seumpanya, juga orang-orang kaya (harta) lagi bergaya pula yang akan disanjung dan dipuja. Akan tetapi, ketahuilah, dunia ini tegak (tidak dimusnahkan) dengan sebab 4 perkara. Salah satu dan yang mula lagi penting itu adalah ulama ukhrawi.



a) "Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu adalah ia dari Allah, apabila kamu ditimpa kesusahan, maka kepadaNyalah kamu meraung-raung meminta pertolongan."

b) "Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka ."

c) "(Mereka melakukan demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu) ."

d) "Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayat pertunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya ."


Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah. Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my