Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Islam mengiktiraf kegembiraan manusia menempuh gerbang perkahwinannya dan sa'at menjadi raja sehari. Namun Islam datang dengan cahaya dan petunjuk, ia akan menerima uruf (resam-budaya) sesuatu bangsa jika sesuai dengan ajarannya dan akan menegah dan memerangi adat-resam yang tidak sesuai dengan tema ajarannya yang serba sederhana.
1. Hukum memakai bulu mata palsu. Islam tidak suka kepada kepalsuan dan kecantikan yang bukan asli. Ini jatuh dalam hukum `at-tadlis' (penipuan) dan diharamkan oleh Islam (Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa Musykilatil Hayah).
Ibn Jauzi menukilkan sebuah hadis riwayat Muslim," Allah melaknat wanita-wanita yang membuat tattoo dan yang diminta ditatto, wanita yang mencukur alis dan yang diminta di cukur alis matanya, juga wanita yang mengikis gigi, supaya tampak cantik dan semua wanita yang merubah ciptaan Allah."
Ibn Jauzi menghuraikan bahawa maksud zahir hadis tersebut bahawa rahsia diharamkan perbuatan tersebut disebabkan ia biasa dilakukan oleh pelacur bertujuan menipu pandangan dan menipu lelaki pelanggannya.
Oleh itu jika pengantin wanita itu memakai bulu mata palsu bertujuan at-tadlis (menipu) dan supaya kelihatan menggoda dan cantik untuk orang lain, maka haramlah hukumnya. Tetapi jika dipakai khas untuk menggoda suami di malam pertama, maka tiada halangannya (Syaikh 'Atiyyah Saqr, ibid)
2. Hukum mencabut bulu-bulu di muka perempuan (di pipi dan di atas bibirnya). Ini dibolehkan untuk mengembalikan keaslian wajah wanita yang memang tiada bulu di mukanya.
Dalam Kitab fathul Bari, Kitabul Libas, pernah diajukan pertanyaan kepada A'isyah RA bagaimana hukumnya wanita merapikan mukanya dan membuat bulu-bulu yang ada padanya, Aisyah menjawab, buangkan kejelikan yang ada sedapat mungkin). Mencabut bulu kening atau alis adalah haram jika bertujuan mengubah ciptaan Allah, tetapi setakat sehelai dua tidaklah menjadi masalah di atas alasan merapikannya (Imam Ahmad Ibn Hanbal, Ghiza'ul albab Lissipaaraini, Juz 1, ms
375, dan Ibn Jauzi, Adaabul Nisaa'; juga Prof Qardhawi, Halal & Haram fil Islam)
sekian
sabar itu iman..duit bukan kawan..dunia hanya pinjaman..mati tak berteman..
Diskusi