Gagak Dengan Tiram

Oleh TeMaN
2002-08-04 23:49:56

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Seekor burung gagak yang lapar ternampak seekor tiram di tepi pantai. Dia cuba memecahkan kulit tiram itu untuk memakan isinya yang enak. Dia mematuk tiram dengan paruhnya tetapi nyata kulit tiram itu terlalu keras. Kini dia cuba mengetuk kulit tiram itu menggunakan seketul batu tetapi tidak berjaya juga. Gagak berasa hampa, dia melompat-lompat di atas tiram itu.

Seekor gagak yang cerdik menegurnya, "Hei! Kawan! Boleh saya bagi cadangan? Cuba awak gigit tiram itu dengan paruh awak dan terbang setinggi yang boleh. Kemudian bolehlah awak lepaskannya. Saya pasti jika tiram itu jatuh di atas batu, ia akan pecah. Selepas itu bolehlah awak makan isinya."

Gagak yang lapar bersetuju dengan cadangan itu. Dia pun menggigit tiram itu dan terbang setinggi yang boleh. Kemudian, dia pun melepaskan tiram itu. Ia jatuh di atas batu di tepi pantai.

Kulit tiram itu pecah tetapi belum sempat turun untuk memakan isinya, gagak yang cerdik sudah pun memakannya.

MORAL:

Jangan mudah mempercayai nasihat orang. Mungkin nasihatnya itu hanya satu helah yang merugikan kita tetapi menguntungkan pihaknya sahaja.

Emmm macam dah ada je citer ni..... kat mana terbaca yerk..
"Idup Musti Ria Ceria Selalu"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my