Tafsir Talqin

Oleh One_na..NaWaRaSaRuSi
2004-08-13 04:37:33

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51


Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja
sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg
akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.




Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan
Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur
sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan
sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa
sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan
kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu
2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan
Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita
dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah
cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam
agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan
solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang
beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku
mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu
juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di
dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala
amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah..

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."



*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Sent to mailing list : 8/13/2004 4:40:48 AM

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my