Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
ASSALAMMUALAIKUM WBT UTK SEMUA,
SATU PENERBANGAN...
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan
ke sebuah negara lain iaitu ? Kubur dan Akhirat.Di mana maklumat
tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
Al-Jenazah.
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas
kesudian Pencipta kita.
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya
tetapi kain putih kotton.
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar
dan cendana.
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi,
tetapi sekadar kain yang diwangikan.
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani,
tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar
dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang
diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau
Neraka.
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di
bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi
simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan terhempas atau dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang
selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! Dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat!
Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Wassalam…
islam itu indah...
Diskusi