Mari Fikirkan Bersama...

Oleh Itaarissa
2004-05-18 21:52:57

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Pertama2 sekali..mintak maaf banyak2 kalu topik ini terlalu ilmiah atau terlalu open/kurang sopan...tetapi rasanya adalah elok utk difikirkan bersama....artikel ni agak pjg dan berat.....

Ulasan seorang peguam (bukan peguam syariah)


As/kum! TM, KA saje…



Selama seminggu aku bertapa di ipoh. Buat pertama kali aku mengendalikan kes yg membawa hukuman mati. Aku defend 4 org OKT yang didakwa mengedar dadah sebanyak 28 kg ganja. Masih tak habis lagi kes tu. Disambung lagi pada 20-23 April selama 4 hari lagi. Selama ni kes aku cuma di mahkamah sesyen atau majistret. Nampaknya taraf aku naik lagi setingkat. Geruhnya pun lain macam jer masa kalau handle kes di mahkamah tinggi ni. Dalam pada sibuk dgn kes dadah tu aku masih lagi terbaca ada lagi kes rogol. Kali ni yg peliknya anggota polis yg rogol 2 anaknya. Sorang lain pula rogol anaknya yg lagi sorang. Semua sekali 3 anaknya yg kena rogol. Pelik bin ajaib betul dunia sekarang. Sepatutnya bapak protect anak dia drp kena rogol tapi lain pulak yg jadi. Sebelum tu di sabah ke atau Sarawak ada juga datuk yg rogol cucu. Ada juga respon drp tulisan aku pasal “yg bodoh lagi sombong” tempoh hari. Terima kasih pada yg respon.



Tapi salah satu respon itu mengatakan aku terlalu emosi dgn pandangan aku. Aku admit masa aku menulis tu memang aku emosi tapi insya Allah takkan aku biarkan emosi aku mendahului akal waras aku. Sebaliknya beliau cadangkan aku join gomen dan cuba ubah drp dalam. Maaf, yg tu tak dapat aku terima. Bukan sebab ideology politik yg berbeza kerana aku secara jelasnya tiada ideology politik yg aku ikuti. Kalau adapun ideology yg aku ikut ialah idelogi menyokong pihak mana yg pada pandangan aku memperjuangkan yg hak mengikut pandangan akal waras dan pertimbangan ilmu yg ada pada aku yang dikurniakan Allah. Jika gomen membawa perjuangan yg hak maka tanpa segan silu akulah nanti paling kuat akan menyokongnya. Dan jika opposition yg membawa perjuangan yg hak maka itulah juga yg aku sokong. Melalui pandangan aku kerajaan memerintah melalui polisi2 yg telah ditetapkan oleh orang No.1. Ini rumusan aku daripada aku mulai tahu menilai system politik negara juga melalui ilmu yg ada pada aku. Segala komponen pemerintahan akan mengikut apakah polisi yg telah ditetapkan itu. Jika polisi itu menjurus kepada memantapkan ekonomi maka segala usaha dan idea dikeluarkan ke arah itu. Aku teringat apa kata No. 1 yg dah jadi takde nombor lagi sekarang apabila ditanyakan berkenaan melaksanakan undang2 islam. Beliau mengatakan dalam islam ada banyak perkara yang jauh lebih penting selain daripada melaksanakan undang2 islam seperti memantapkan ekonomi supaya kita lebih dihormati. Tapi mungkin dia terlupa bahawa ekonomi sukar dimantapkan dengan keadaan social yang sedang mengalami keruntuhan terutama melibatkan moral dan keamanan dalam negeri yg agak meruncing. Begitu juga kadar jenayah terutama yg melibatkan umat islam juga semakin menggerunkan seolahnya para penjenayah itu tidak berugama sedangkan mereka itu islam. Dalam keadaan ini mampukah kita org islam mendapat penghormatan drp org lain? Ekonomi akan lebih mudah dimantapkan dalam keadaan moral dan social serta keamanan yg telah mantap terpelihara. Itu pada pandangan aku.



Aku masih lagi teringat apa nasib yg menimpa orang No. 2 bila dia cuba go against the polisi from the inside. Sebelum jadi No. 2 dulu, dia antara org yg kuat menentang gomen bila dia secara terang-terangan mengatakan polisi gomen tak betul. Akhirnya dia “dijemput” oleh gomen sendiri untuk membetulkan gomen drp dalam drp terusan “menyalak” tak tentu pasal di luar. Akhirnya aku melihat seolah satu manusia yg ditelanjangi di khalayak ramai sehingga segala jasa yg dibuatnya seolahnya dipadamkan drp catitan sejarah negara. Itu mungkin satu contoh yg boleh dianggap penentangan secara nyata dan mungkin juga satu contoh yang terlalu spesifik. Biar aku beri satu contoh yg bersifat general bila seseorang diketahui cuba mengubah polisi atau tidak going along the policy. Satu contoh yg pada pandangan aku tentu ramai org bersetuju. Banyak yg aku lihat sesiapa org gomen yg ada sifat atau ketara nampak kecenderungan memiliki polisi yg berlawanan drp apa yg diterapkan oleh system pemerintahan itu sendiri kebanyakannya akan dihukum dengan ditimpakan kesusahan secara konstruktif tetapi dihalalkan. Apa maksud hukuman secara konstruktif itu ialah seseorang itu akan dihukum dgn cara halus seperti menerima arahan bertukar atau posting ke hulu banat tempat jin bertendang. Aku pernah ada seorang cikgu yg kini dah jadi sahabat aku diperintahkan bertukar ke tempat yang jauh dengan diberi notis 24 jam dan terpaksa melapor diri keesokannya hanya kerana pernah menumpangkan seorang guru besar (which is definitely “org keris”) yg kerosakan kereta ke workshop dan guru besar tu terpandang adanya “harakah” dlm kereta cikgu tu sedangkan cikgu itu tak pernah berbicara pasal mengubah polisi atau menampakkan siapakah yg disokongnya. Adilkah itu? Satu cara utk mengikat org gomen ni tadi ialah “marilah beramai-ramai beikrar dan tandatangan akujanji” bila menyimpang saje tindakan seseorang dia akan diingatkan sumpah akujanjinya. Ini akan membunuh inisiatif seseorg kalau ada niat nak ubah gomen drp dlm. Kesimpulannya, once you join gomen meraka akan bersikap “playsafe” iaitu “baik aku jaga periuk nasi aku dan jgn susahkan diri” terutama yg dah ada tanggungan keluarga.



Sori! Aku dah terlampau jauh menyimpang dengan apa sebenarnya yg aku nak tulis. Kesimpulannya sekarang ni musim rogol. Jadi apa yg aku nak tulis kali ni pun berkenaan dgn rogol juga cuma mungkin berlainan sikit drp apa yg aku pernah tulis dulu sebab kali ni tulisan aku bersifat akademik sikit. Sebab apa yg aku tulis ni adalah from a legal point of view. Oleh itu aku tidak menjangkakan semua yg baca akan faham. Dan mungkin juga ada terma yg aku guna nanti perlukan penerangan lanjut utk difahami tapi mungkin aku tak dapat jelaskan secara detail utk memudahkan semua korang yg baca. Kali ni aku nak cuba terangkan jenayah rogol secara perbandingan mengikut Islamic law drp Allah yg disampaikan melalui baginda Rasullullah dan man made law yg ada di so called Islamic Country iaitu Malaysia kita ni. Mungkin akan jadi panjang dan membosankan tulisan aku kali ni tapi kalau ada sorang yg baca sampai habis dan menilaikan balik akan kebenaran kata-kata aku ini daripada lebih 10,000 ahli dan selepas itu cuba untuk berfikir dan berpandangan seperti aku, itu sudah memadai. Jadi apakah itu yg dikatakan rogol? Aku hanya menyentuh secara general saje semua perkara perkenaan rogol ini kerana ilmu aku sendiri mungkin kurang, dengan kata lain agak terbatas terutama berkenaan rogol daripada segi jenayah syariah.



Mand made law di Malaysia berkenaan jenayah rogol terkandung dalam Kanun Kesiksaan iaitu seksyen 375 (selepas ini dirujuk sbg “KK”) iaitu jika berlaku persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan seseorang p’puan jika persetubuhan itu terkandung dalam salah satu daripada keadaan2 ini:



1) bertentangan dgn kemahuan p’puan itu;

2) dengan tiada kerelaan p’puan itu;

3) dengan kerelaan p’puan itu tapi kerelaan didapati dengan cara mendatangkan ketakukan kecederaan atau kematian secara salah tanggapan fakta yg mana lelaki itu tahu berkenaan salah tanggapan fakta itu;

4) dengan kerelaan p’puan itu kerana salah tanggapan p’puan itu menyangka lelaki itu ialah suaminya yang sah tetapi lelaki itu tahu dia bukan suaminya yang sah;

5) dengan kerelaan p’puan itu tapi masa beri kerelaan kerelaan p’puan itu tak memahami jenis dan akibat mengenai apa yg kerelaan itu diberikan; dan

6) sama ada dengan atau tanpa kerelaan tapi perempuan itu dibawah umur 16 tahun. (dipanggil statutory rape ataupun rogol statutori)



Kemasukan (penetration) saje memadai untuk establish berlakunya persetubuhan mengikut kesalahan rogol. Sekali penetration adalah memadai tanpa perlu keluar mani lelaki tu atau koyak selaput dara p’puan tu walaupun secara logic akal tentang kelaziman berkenaan berlakunya penetration ialah akan berlakunya koyakan selaput dara. Jika seseorg lelaki bersetubuh dengan isterinya yg sah mengikut undang2 bertulis yg sedang berkuatkuasa, maka bukanlah rogol walaupun isterinya tak beri kerelaan. Tapi ada keadaan di mana si isteri telah mendapatkan injuksi (perintah mahkamah yang menghalang atau menyuruh sesuatu daripada dilakukan) specifically melarang daripada suaminya bersetubuh dengannya maka jika suami bersetubuh juga tanpa kerelaan isteri maka itu dikatakan merogol walaupun tinggal sebumbung. Ada juga p’puan tinggal berasingan dengan suaminya atas sebab “judicial separation (JS)”. JS ialah suatu perintah mahkamah yg dibuat atas pemohonan mana-mana pihak suami atau isteri yang memerintahkan supaya suami dan isteri tinggal berasingan tetapi bukanlah bercerai dan diakui wujudnya ikatan perkahwinan dan jika suami melakukan persetubuhan terhadap isterinya maka itu juga satu kesalahan rogol. Bagi perceraian bukan islam, seseorang perempuan yg telah mendapat dekri perceraian (perintah perceraian) oleh mahkamah dengan suaminya dan belum cukup tiga bulan daripada dekri perceraian diberikan (dekri perceraian menjadi absolute/mutlak selepas 3 bulan dekri itu diperintahkan mahkamah) suaminya melakukan persetubuhan terhadap isterinya tanpa kerelaan maka itu dikatakan rogol juga mengikut KK. Kalau perceraian islam juga suami yg bersetubuh dgn isterinya tanpa kerelaan isteri sesama dalam edah raji’e juga adalah pernuatan merogol. Aku harap maksud rogol drp definisi KK ini dapat korang fahami kerana inilah saje penerangan yg general dapat aku berikan. Secara detail akan menjadi terlalu akademik dan korang pun malas nanti nak baca. Hukuman keatas perogol dinyatakan dalam seksyen 376 KK iaitu hendaklah dipenjara tak kurang 5 tahun dan tak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.



Cuba lihat apakah maksud rogol daripada hukum syarak pulak. Maaf juga aku tidak merujuk secara spesifik tentang apakah definisi rogol mengikut akta jenayah syariah yg ada disetiap negeri disebabkan ada perbezaan antara negeri dengan negeri yang lain di Malaysia ni kerana undang2 jenayah islam adalah dalam bidangkuasa negeri masing2. Oleh itu tak ada keseragaman. Tapi secara amnya adalah sama dan sebab itu juga aku memberikan definisi secara am dan adalah lebih baik aku terangkan mengikut definisi asal berkenaan jenayah rogol daripada segi pandangan Mazhab syafie. Dalam kanun jenayah syariah tak ada definisi khusus berkenaan jenayah rogol. Yang ada ialah kesalahan zina yang terkandung dalam salah satu pecahan kesalahan hudud. Kesalahan hudud bermaksud kesalahan yang telah ditetapkan Allah tentang apakah hukumannya di dalam al Quran dan hadis dan tidak boleh dipinda dengan hukuman yang lain serta tidak ada keampunan boleh diberikan oleh sesiapapun kerana hukuman ini ialah hak mutlak Allah. Sila rujuk ayat 229 al Baqarah bermaksud “dan sesiapa yg melanggar aturan2 hukum Allah maka mereka itulah org2 yg zalim”. Zina bermaksud persetubuhan yang dilakukan antara seseorang lelaki dengan seseorang p’puan tanpa ikatan nikah yg sah mengikut hukum syarak (dengan kata lain bukan suami isteri) dan kedua-duanya ialah mukallaf, dan persetubuhan itu tak termasuk dalam definisi wat’ie syubhat. Maksud wat’ie syubhat pula ialah persetubuhan yang berlaku dalam keadaan lelaki itu menyangka p’puan yg disetubuhi ialah isterinya sedangkan p’puan itu bukan isterinya dan begitu juga sebaliknya atau dengan kata lain iaitu persetubuhan yang meragukan. Contohnya ialah seperti contoh yg aku berikan dlm tulisan aku mengenai hukum liwat isteri. Contoh lain ialah jika seseorang lelaki yg berkawin dgn perempuan dan selepas berlakunya persetubuhan barulah diketahui bahawa isterinya itu ialah saudara kandungnya yg telah terpisah sekian lama. Apa yg jelas tentang perbezaan zina dan rogol ialah elemen kerelaan. Zina adalah consensual sexual intercourse manakala rogol ialah sexual intercourse under duress or without free will in whatever form on the part of the victim. Kalau dalam KK penetration memadai dlm kes zina pula penetration hendaklah melepasi kepala zakar.



Berkenaan dengan hukuman rogol mengikut hukum jenayah syariah ialah sama dengan apakah hukuman bagi pesalah zina iaitu ada dua kumpulah hukuman bergantung sama ada muhsan (lelaki atau p’puan yg pernah berkawin dgn kata lain pernah bersetubuh secara halal) atau ghairu muhsan (lelaki atau p’puan yg belum berkahwin). Muhsan hendaklah direjam dgn batu sederhana besarnya dan wajib ke atas sesiapa yg dewasa dan mukallaf yg menyaksikan hukuman itu supaya melontar sama. Ghairu muhsan hendaklah disebat 100 kali dan dibuang negeri selama setahun. Hukuman rogol berkenaan dengan sumbang mahram adalah berlainan sikit iaitu dihukum bunuh. Hukuman bunuh mengikut islam biasanya dikenakan hukuman pancung. Ini berpandukan hadis riwayat ibnu Majah “mereka (lelaki) yang melakukan persetubuhan dengan perempuan yang menjadi mahramnya hendaklah kamu bunuh ia”.



Sekarang aku harap sesiapa saje dah jelas apa itu rogol drp segi jenayah KK dan jenayah syariah. Tiada masalah yg timbul berkenaan rogol dibawah KK kerana KK telah menjadi undang2 di negara ini sejak sekian lama dulu. Banyak kelemahan2 yg timbul telah diperbaiki drp semasa ke semasa. Masalah yg timbul hanyalah berkenaan dgn rogol drp segi jenayah syariah terutama drp segi cara pembuktian. Beban untuk pembuktian jenayah syariah yang mesti dipikul oleh pendakwa ialah “beyond any shadow of doubt (melampaui sebarang bayangan keraguan)” manakala utk jenayah di bawah KK pula beban pembuktian yg dipikul oleh pendakwa ialah “beyond any reasonable doubt (melampaui sebarang keraguan munasabah)”. Drp segi makna juga kita boleh menjangkakan beban manakah yg lebih berat. Sudah tentu beyond any shadow of doubt adalah jauh lebih berat. Beban jenayah syariah ini terpakai pd semua jenis kesalahan termasuk qisas dan juga takzir asal saja kesalahan jenayah syariah. Begitu juga beban yg sama iaitu beyond any reasonable doubt utk semua kesalahan jenayah KK dan jenayah di bawah akta lain. Apa yg menjadi beban yg menyukarkan ialah berkenaan pembuktian keasalahan rogol itu sendiri. Kalau sesiapa yg ada baca artikel aku bertajuk “justice and fairness” mesti faham apa yg aku maksudkan. Setiap sesuatu kesalahan untuk disabitkan dengan tuduhan, ada “resepi” kesalahan itu yg kena disediakan ataupun dibuktikan. Berkenaan rogol di bawah KK elemen yang perlu dibuktikan ialah telah berlakunya persetubuhan dan persetubuhan itu termasuk dalam salah satu drp 6 keadaan yg telah dinyatakan tadi. Tetapi beban pembuktian kes rogol adalah sama sebagai mana pembuktian jenayah hudud zina. Zina hanya boleh disabitkan dengan 3 cara saje iaitu dengan cara pertama, penyaksian 4 orang saksi lelaki yg melihat dgn jelas zakar masuk ke faraj seperti celak masuk ke sarungnya. Kedua, dengan cara pengakuan oleh penzina dan ketiga, jika perempuan hamil tetapi diketahui belum berkahwin.



Isu yg menjadi persoalan berkenaan kes rogol mengikut jenayah syariah dan yg diperbesarkan oleh golongan yg tak mahu terima perlaksanaan hudud ialah tentang beban pembuktian rogol itu sendiri. Ini kerana kaitannya dengan kesalahan hudud qazaf (iaitu tuduhan melakukan zina tanpa mengemukakan 4 orang saksi). Contoh yg menjadi isu ialah jika mangsa rogol datang mengadu dia dirogol tanpa mendatangkan 4 org saksi lelaki yg melihat bermakna menuduh zina tanpa bukti dan oleh itu satu kesalahan hudud qazaf boleh dikenakan terhadap mangsa rogol. Ini bagi mereka menjadikan mangsa tidak mahu tampil mengadu dirogol kerana sudahlah dirogol dan boleh juga dikenakan hukuman qazaf jika mengadu tanpa bukti. Oleh itu menurut golongan ini lagi akan ramai lagi perogol terlepas hukuman dan akan ramai lagi org berani merogol. Walaupun ada sedikit kewajaran dengan alasan ini dan aku juga tak pernah lagi terjumpa dalam sejarah islam dulu hingga kini adanya sabitan hudud zina melalui penyaksian 4 org lelaki (atau aku yg ignorance tentang kewujudan kes sabitan zina melalui penyaksian 4 org lelaki) tapi itu bukan alasan. Ini kerana aku melihat tentang kewajaran. Hukuman apa saja kesalahan hudud memang dijalankan di khalayak ramai. Ini berdasarkan surah An Nur ayat 4 bermaksud “dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang2 yg beriman”. Hukuman di khalayak ramai merupakan hukuman yg bersifat “punitive and deterrant” iaitu bersifat menghukum dan mencegah. Let alone penzina terlepas drp hukuman, tapi bagaimana dengan hukuman hudud yg lain seperti mencuri, minum arak, murtad dan lain-lain. Lojik yg aku nampak ialah jika atas sabitan kesalahan hudud yg lain saja akan menjadi satu bentuk pencegahan kepada org lain yg nak cuba lakukan kesalahan hudud yg lain termasuk zina. Mungkin hudud zina terlepas tapi yg hudud yg lain tak terlepas. Lagi pula hukuman hudud zina juga sangat berat iaitu sama ada direjam sampai mati atau disebab 100 kali. Oleh kerana beratnya hukuman ini maka sudah tentu juga bukanlah semudah itu hendak disabitkan. Pada pendapat aku hukuman gantung sampai mati adalah jauh lebih ringan berbanding rejam sampai mati atau sebat seratus kali.



Isu lain yg dipermainkan oleh golongan ini ialah berkenaan penolakan pemakaian qarinah dalam membuktikan kesalahan zina. Qarinah dalam bahasa bahasa arab bermaksud kalau mengikut terma undang2 ialah “circumstantial evidence atau keterangan ikut keadaan”. Ini kerana cara pembuktian zina yg ketiga itu juga dikategorikan sebagai qarinah. Qarinah bermaksud setiap segala sesuatu yg boleh dijadikan dalil tentang kewujudan sesuatu atau ketiadaan sesuatu. Contoh qarinah yg dimaksudkan dalam kes zina tadi ialah bagaimana seseorg p’puan yg belum berkawin boleh melahirkan anak. Jadi qarinah yg boleh dibawakan ialah sudah tentu p’puan itu telah melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki. Itulah contoh qarinah yg paling nyata. Tetapi dalam pembuktian jenayah syariah telah menolak sama sekali pemakaian qarinah. Inilah isu yg sangat sukar dijelaskan. Ini dijelaskan dalam bil jenayah hudud di Kelantan dulu. Bil itu dengan jelas menolak segala pemakaian qarinah tetapi menerima pula pemakaian qarinah dalam hal zina bila p’puan yg belum berkawin melahirkan anak. Tetapi aku tidak melihat apa yg sukar di sini kerana pada akhir peruntukan bil berkenaan zina itu ada ayat yang menyatakan “sehingga dibuktikan sebaliknya”. Ini bermaksud p’puan itu perlu mendatangkan keterangan yg boleh diterima berkenaan bagaimana dia boleh mengandung. Contohnya sekarang ini ada teknologi yg boleh dibuat seperti in-vitro fertilization (kaedah bayi tabung uji) boleh menjadi keterangan yg munasabah bahawa dia bukan berzina. Doctor yg menjalankan prosedur itu juga boleh dipanggil utk memberi keterangan utk defend p’puan tadi daripada dihukum hudud zina. Itupun jika benar dia melakukan in-vitro fertilization. Banyak sebab yg boleh dikemukakan jika benar dia mengandung tanpa berzina dan sudah tentu kesahihan keterangan itu akan juga dipertimbangkan. Perlu diingat bahawa beban pembuktian dalam jenayah syariah ialah beyond any shadow of doubt dan sedikit saje keraguan akan membebaskan tertuduh tidak seperti KK hanya keraguan yg munasabah saje boleh melepaskan tertuduh. Walaupun terlepas daripada hudud tapi takkan lepas daripada takzir. Tapi jika terbukti perempuan itu dirogol maka hukuman hudud dan takzir terlepas sama sekali.



Satu lagi isu yg dipermainkan ialah berkenaan kesaksian 4 orang saksi. Satu contoh telah dibawakan seperti bagaimana dengan seorang yg merakam melalui video kamera perbuatan zina orang lain. Bolehkah ianya menjadi bukti sabitan zina? Bagaimana juga dengan jika penyaksian dilakukan oleh ramai orang tetapi semua org itu ialah p’puan yg kalau mengikut ayat Al Quran hanya kesaksian 4 org lelaki saje yg boleh diterima. Semua isu yg dinyatakan ini tak timbul langsung dalam hal rogol di bawah jenayah KK. Tentu korang semua hairan bukan? Sebabnya cukup mudah. Seperti yg aku nyatakan pada awal tadi kerana KK telah melalui satu proses evolusi yg cukup panjang. KK di Malaysia ini adalah saduran secara bulat-bulat daripada KK yg ada di India semasa kita mula merdeka. Terus terang aku cakap KK di India telah mengalami beberapa proses sehingga terlampau kurang ruang utk pesalah membebaskan diri. Ini kerana India satu negara yg luas dan seribu satu macam kes yg terjadi di negara itu, mahupun yg pelik atau yg menggelikan hati. Jadi daripada segala macam yg terjadi mereka akan membuat perubahan tentang keberkesanan undang2 mereka. Asal KK di India itu juga adalah berdasarkan KK yg dibawakan daripada Britain semasa zaman penjajahan. KK di Britain pula telah mengalami proses evolusi yg cukup lama sejak seawal kurun ke 16 yg mana pd masa itu mereka cukup menjunjung tinggi undang2 sehingga sanggup memancung raja yg menyeleweng dengan alasan “no man is above the law”. Pernah kita dengar raja kita dipancung kerana menyeleweng? Tapi sebenarnya undang2 jenayah syariah telah berevolusi lebih awal drp itu. Apa yg jadi ialah terbantutnya perkembangan undang2 jenayah syariah bila sebahagian besar negara islam tumbang satu demi satu akibat tewas dalam pertempuran dan dijajah oleh penjajah. System perundangan itu ditukar sehingakan negara yg penuh umat islam sendiri menjadi begitu takut dengan bayang2 undang jenayah islam. Lihat saje apa yg berlaku di Turki pada era Kamal Atatuk sehingga sekarang sampaikan sesiapa p’puan yg nak bertudung akan didiskriminasikan.



Point yg aku nak cuba tonjolkan di sini ialah kita kena berikan peluang untuk undang2 jenayah syariah ini berevolusi. Kena kena ingat walaupun jenayah syariah itu bersumberkan daripada al Quran, sunnah dan hadis serta ijmak dan qias, tapi apa yg berlaku ialah kita hanya mempunyai “doktrin duluan kehakiman ataupun doctrine of judicial precedent” yg sangat terhad. Doktrin ini ialah satu bentuk pembanguan undang2 yg sangat penting tak kira secara syariah ataupun man made law. Apakah pula doktrin duluan? Doktrin duluan ialah sesuatu kes yg pernah terjadi dahulu dan menjadi rujukan pada masa sekarang yg mana ia boleh mengikat tentang keputusan yg bakal dicapai jika sesuatu kes yang sama terjadi pada masa sekarang daripada segi fakta dan prinsip. Contoh doktrin duluan yg sangat nyata ialah bila dalam kes zina seseorang yg bernama Maiz bin Malik mengaku berzina di depan Rasulullah. Maiz telah sanggup direjam sampai mati bila Rasulullah perintah Maiz direjam. Kalau dilihat dalam Quran tak ada ayat yg mengatakan zina boleh disabitkan secara pengakuan jadi bila kes Maiz ini terjadi maka sabitan secara pengakuan adalah diterima. Apa yg berlaku selepas kes Maiz itu ialah segala bentuk pengakuan zina boleh disabitkan dgn kesalahan hudud zina jika ia menepati segala macam fakta dan prinsip yg ada dalam kes Maiz. Satu contoh doktrin duluan yg lain ialah seperti dalam kes hukuman minum arak. Walaupun dalam Quran tak tetapkan jumlah sebat atas hukuman minum arak tapi Rasulullah menghukumkam 40 kali sebat. Tapi pada zaman khalifah Umar perbuatan minum arak kembali meningkat. Maka Khalifah Umar menghukumkan 80 kali sebat iaitu sekali ganda lebih drp apa yg rasulullah tetapkan. Inilah yg dikatakan evolusi undang2. oleh kerana kita tidak membenarkan atau memberi peluang kepada undang2 jenayah syariah ini utk berevolusi, maka oleh sebab itu kita mempunyai sumber rujukan yg sangat terhad. Akibatnya undang2 jenayah syariah tertinggal kebelakang dalam menjawab atau menghadapi kebangkitan ilmu sains yang mencabar perundangan islam sehingga dijadikan isu bahawa undang2 jenayah islam itu sudah lapuk. Contoh yang boleh dilihat ialah tentang pembuktian rogol secara mengesan DNA perogol melalui kesan air mani. Inilah cabaran yg kita kena hadapi.



Walaupun ia tidak menjadi masalah dalam pembuktian rogol dalam KK tetapi jelas sekarang ini KK gagal membendung kejadian jenayah. Ini kerana apa saje hukuman dalam KK very less reflect to the society in terms of the seriousness of the offence committed kerana hukuman penjara dan sebat yg bersifat “tersembunyi” drp khalayak ramai. Sebab itu aku katakan mereka yg keluarkan idea kasi pesalah rogol itu sama seperti artis yg namanya dah lama tak keluar paper. Aku merasakan hukuman dalam islam ialah hukuman yg paling berat dan sangat bersifat deterrant. Katakan pesalah rogol dikasi, apa akan jadi selepas dia menerima hukuman bila dia nak berkahwin. Sudah tentu ia akan menghampakan bakal isterinya. Dan dalam keadaan itu apa pula dosa bakal isteri itu sehingga dicabut kenikmatan bersuami daripadanya. Tidakkah itu jauh lebih kejam drp jenayah rogol itu sendiri? Jika kajian terperinci dijalankan terhadap keseluruhan al Quran, pasti kita akan menjumpai jawapan kepada segala isu ini. Berkenaan dengan isu qarinah (spt ujian DNA dan bukti forensic) tentu boleh dijadikan sebab untuk sabitan dalam kesalahan hudud lain yang mana cara pembuktian tidak dinyatakan dalam al Quran seperti peminum arak yg purely secara qarinah seperti bau arak pada mulutnya dalam keadaan dia baru keluar drp disko atau bar dan berjalan yang terhoyong hayang. Dalam Al Quran sendiri ada menunjukkan pemakaian qarinah seperti dalam surah Yusuf ayat 18 bila Nabi Yaakub tidak mempercayai Nabi Yusuf telah mati dimakan serigala walaupun dibawakan baju yg dipakai Nabi Yusuf yang berlumuran darah kerana baju itu langsung tidak koyak. Begitu juga kes Nabi Yusuf difitnah ingin menggoda Zulaikha tetapi ditidakkan dengan alasan jika Nabi Yusuf yg ingin menggoda Zulaikha tentu bajunya koyak di depan. Sudah tentu perkara yg terjadi adalah yg sebaliknya kerana baju Nabi Yusuf koyak dibelakang.



Kesimpulan yg terjadi ialah kita telah mengabaikan pembangunan undang2 jenayah islam terlalu lama. Benar aku sendiri akui ada sedikit loop hole mengenai undang2 jenayah islam kerana kita semua manusia tentu tidak lepas daripada sifat mempunyai kelemahan. Tapi kita kena ingat kita tidak akan tahu dimanakah kelemahan itu selagi kita tidak laksanakan. Apa yang penting kita kena bagi peluang dulu agar undang2 jenayah syariah ini diamalkan dan daripada itu kita akan lihat apa yg perlu diperbaiki. Tidak adil sama sekali dan satu perbuatan org yg zalim jika kita tidak mengamalkan apa yg diwajibkan ke atas kita yang diperintahkan Allah. Kalau kita rasa kita wajib melakukan sembahyang 5 waktu dan lain-lain lagi kenapa kita perlu takut tentang lakukan perkara ni. Atas sifat aku yg penuh kelemahan dan juga atas sifat aku yg pernah belajar sedikit apa itu jenayah syariah aku menyeru mari kita bagi peluang supaya undang2 jenayah syariah ini diberi peluang untuk berevolusi dan menutup segala kelemahan yg telah dan bakal timbul walaupun bolehlah aku kategorikan ilmu aku berkenaan jenayah syariah adalah pada tahap “kulit” saje. Sekali lagi maaf aku pohon kepada pembaca kerana apa yg aku tulis ni tidak langsung aku merujuk kepada mana-mana sumber kecuali bergantung kepada fikiran waras aku dan ilmu yg ada pd aku saje. Ayat Quran pun aku quote macam tu aje yg sudah tentu bukanlah tafsiran sebenar seperti di dalam tafsir sahih.


p/s; Wallahua`lam

Semoga samer2 kita mampu membuka mata betapa kita mengabaikan aper yg tidak harus diabaikan...


Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my