: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in

.........
salam malam minggu.......
RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Jika engkau mahu menyebut cacat cela orang lain maka lihatlah terlebih dulu cacat cela dirimu sendiri.†– (Riwayat Ar-Rafi’i).
Setiap manusia ada titik-titik kelemahan dan cacat cela yang tersendiri, kerana itu untuk menjadi seorang Muslim yang adil maka tidak seharusnya ia membilang cacat cela dan kelemahan orang lain dengan melupakan cacat cela dirinya sendiri.
Dalam sebarang pertelingkahan dan perbalahan, manusia selalu condong kepada memperbesar-besarkan cacat cela atau kesalahan orang lain dan meletakkan dirinya sebagai seorang yang bersih, baik, tidak salah atau jujur.
Begitu juga dalam kebiasaan mengumpat dan mengeji, manusia selalu lupa kepada kecacatan diri sebaliknya hanya nampak keburukan yang kemudian sengaja diperbesar-besarkan.
Rasulullah memberi satu garis panduan yang adil iaitu apabila kita bernafsu untuk mengkritik, mengumpat dan menyalahkan orang lain, maka hendaklah lebih dulu kita mengambil cermin untuk melihat cacat cela diri sendiri.
Menurut ahli jiwa, kecenderungan mengumpat dan menyebut cacat cela orang lain itu didorong perasaan dendam kesumat, perasaan benci dan hasad dengki yang terpendam sekian lama di dalam jiwa seseorang. Perasaan itu mungkin tercetus oleh perasaan rendah diri.
Walau bagaimanapun, hadis ini tidak bertujuan melarang orang membuat kritikan membina dan jujur terhadap mana-mana tindakan yang dianggap menyinggung kepentingan umum kerana menjadi kewajipan setiap Muslim menghapus penyelewengan.
Apa yang dilarang di sini ialah kritikan dan serangan menyentuh kehormatan, maruah dan cacat cela sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada orang itu seperti dibenci atau dipulaukan orang ramai.
Berita Harian online....
"Aku ke mari dgn tangan kosong, menadah harapan dgn tangan terbuka, memohon maaf dgn tangan terhulur . Maafkan daku teman ".