Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ilmu pengetahuan,ekonomi,politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidup sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburuka.Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat.
Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih
sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran.
Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yangbermaksud :"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupa hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."
Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cinta kan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yg paling ingat -mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya,maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu
meniliti orang yang dikasihi."
WASIAT AL-QAMAH
Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg
ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......
Katanya :
"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat
dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai
sifat-sifat ini iaitu :
Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi,
jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam,ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringan kanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia
suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah
untuk kepentinganmu."
Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat
yang baik. Antara lain, beliau menyatakan...
"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang
ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraan mu."
Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong,
malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah. Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW
dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali KWJ
sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.
Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah
menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh
pemuda-pemuda Quraisy itu.
Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai contoh,sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan Mi'raj
kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak
mempercayai cerita Rasulullah SAW malah
mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai pembohong.
Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk mentertawakan Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW. Apabila Saiyidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah SAW bercerita sedemikian.Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah SAW lalu tanparagu- ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang
Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar.
Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai
apa yang sahabatnya katakan tetapi juga sanggup
berkorban harta untuk kepentingan perjuangan agama Islam yang dibawa leh sahabatnya.
PENGORBANAN SAHABAT NABI.
Di samping itu, pengorbanan yang paling besar
yang diberikan oleh Saiyidina Abu Bakar kepada
Rasulullah SAW ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukanlah satu perjalanan yang selamat kerana orang-orang Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuh baginda.
Sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah,Saiyidina Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dan di belakang Rasulullah SAW. Apabila baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab..."Aku berjalan di hadapan untuk memilih jalan yang baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."
Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan
nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Katanya...
Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan
salah satu daripada 2 orang ini :
Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur.
Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan
akhiratmu.
Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang
ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar
biasa besarnya.
Jangan membenci seseorang sebelum mengenali
hati budinya.......
:"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupa hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya.":"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya,maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu
islam itu indah...
Diskusi