Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Oleh Abdul Rahim Habib dari SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor
Ibu selalu mengingatkan kami tentang diri ayah. Aku masih ingat ketika usia aku 8 tahun, ibu bercerita waktu ibu berkahwin dengan ayah. Umur ibu baru 16 tahun. Ibu orang miskin. Setahun kemudian ibu melahirkan anaknya yang per-tama iaitu alongku Azlina, dua tahun kemudian ibu melahirkan angahku Suraya, setahun kelahiran Suraya, ibu melahirkan seorang lagi anak iaitu abangku Firdaus, tiga tahun kemudian lahirlah aku Razim.
Ibu pandai melayan kerenah anak-anaknya dan mengingatkan kami supaya tidak lalai menunaikan solat.
Namun segalanya berubah apabila ayahku meninggal dunia ketika umurku masuk 6 tahun. Kami kehilangan punca pendapatan keluarga, semenjak itu kami hidup dalam serba kekurangan.
Waktu itu kanak-kanak lain masuk tadika, tapi tidak bagi aku kerana masalah kewangan. Aku teringin menjadi seperti kanak-kanak lain yang masuk tadika bergembira dengan gelak ketawa, tetapi hasratku tidak kesampaian.
Alongku hanya tamat persekolahannya pada darjah 6 sahaja, berlainan dengan angahku Suraya yang cerdik dan mendapat bantuan daripada pihak sekolah untuk menamatkan persekolahannya hingga tingkatan lima. Abangku pula hanya bersekolah setakat tingkatan dua sahaja, hanya angah dan aku sahaja yang sempat menamatkan pelajaran.
Tapi segalanya berubah apabila ibu mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. Kami semua tidak bersetuju. Semenjak itu hubungan mesra kami sekeluarga menjadi longgar.
Aku masih ingat, suatu hari angah balik kerja lewat kerana berkerja syif malam. Bapa tiri aku mengamuk lalu memukul kami semua. Aku amat sedih melihat ibu yang berbuat tidak tahu membiarkan sahaja kami dipukul.
Akibat daripada kejadian itu kakak dan abangku melarikan diri dari rumah, masing-masing membawa diri. Ibu dikurniakan dua orang anak lagi hasil perkahwinan dengan ayah tiri iaitu Hamzah dan Rabiatul.
Kini aku tinggal bersama ibu kerana aku amat sayang kepadanya. Hubungan aku kini menjadi renggang tidak seperti dulu lagi. Ibu lebih mementingkan Hamzah dan Rabiatul daripada diriku.
Tahun ini aku akan menghadapi SPM teta-pi aku kebingungan memikirkan yuran persekolahan yang hendak dibayar. Ibuku langsung tidak mengambil tahu tentang yuran persekolahanku, dia lebih mementingkan adik-adikku. Hamzah kini masuk tahun satu, segala yuran persekolahannya sudah selesai tetapi yuran SPMku tidak diperdulikan.
Sekarang ibu sudah tidak mengambil tahu tentang diriku lagi, dia mencaci dan mengatakan aku anak yang menyusahkan. Aku tidak dapat melelapkan mata setiap malam memikirkan cacian daripada ibuku dan masalah yuran persekolahanku. Aku tidak dapat memberikan perhatian penuh terhadap pelajaran kerana teringat masalah yang dihadapi.
Aku sekarang dijadikan mangsa oleh bapa tiriku yang panas baran itu. Fikiranku bertambah bercelaru. Apakah aku harus berhenti sekolah? Ibu langsung tidak menganggap aku anaknya lagi. Kini aku diperlakukan seperti hamba, pantang salah terus dipukulnya.
Suatu hari Rabiatul menuang air panas un-tuk membuat air Milo kegemarannya. Tiba-tiba cerek air panas terjatuh dan terkena badannya habis melecur lalu aku terus dipersalahkan, aku dipukul dan ditampar bertalu-talu di kepala.
Akibat daripada kejadian itu ibu melarang aku bersekolah tetapi aku berdegil untuk hadir ke sekolah. Semangat aku untuk hadir ke sekolah semakin lama semakin pudar kerana teringat cacian yang dilemparkan kepadaku.
Namun kini hidupku seperti didatangi cahaya baru apabila aku berkawan dengan Ila. Dia memahami diriku dan sering memberi semangat kepadaku untuk hadir ke sekolah.
Hari demi hari semangatku untuk bersekolah datang lagi tetapi apabila aku memikirkan tentang yuran persekolahan yang tidak diperdulikan aku amat sedih.
Suatu hari aku memberanikan diri untuk berbincang dengan ibuku tentang yuran persekolahanku namun segalanya sia-sia. Aku dicaci dan dihina dengan perkataan yang pe-dih untuk didengari oleh telingaku ini. Bagaimana aku akan menghadapi SPM tahun ini? aku memikirkannya setiap malam. Kini aku terasa hidupku sudah tiada haluan lagi dan hilang tempat mengadu.
Ayah!!! kuperlukan mu...Cerpen: Hidup Kami Derita Tanpamu
\^_^/
Diskusi