Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Oleh Mariatun Sa’diah Mohd Saad dari SMK Taman Kenari, Kulim, Kedah
Sudah seminggu mama terlantar akibat penyakit barahnya. Papa pula sentiasa berada di sisi mama kerana dialah doktor yang mengendalikan kes mama.
Aku? Kadangkala keseorangan dan kadangkala berteman. Tetapi aku tidak akan lupa melawat mama pada setiap petang. Papa tidak izinkan aku ponteng sekolah kerana aku bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
“Papa, bila mama nak bangun?†itulah soalanku setiap kali pergi melawat mama. Papa hanya tersenyum tawar mungkin sudah bosan dengan soalan yang sama pada saban hari.
“Nini, pergilah balik dulu, nanti papa balik. Hari pun dah nak malam,†sapanya lembut.
“Nini balik dulu papa,†kataku sambil mengucup tangannya. Aku juga tidak lupa mengucap dahi mama setiap kali pulang ke rumah.
Sebaik sahaja sampai di rumah aku dapati dua buah kereta milik abang kembarku berada di depan rumah.
“Baru balik dik? Dari mana?†soal Abang Fir iaitu abang kembarku yang kedua.
“Hem... dari hospital melawat mama.
“Macam mana dengan mama, sihat,†soal Abang Mi, abang sulungku.
“Mama masih macam tu. Belum sedar lagi,†terangku.
“Bila abang akan balik sana?†soalku.
“Hai... macam tak suka je kami balik,†ba-las Abang Mi.
“Bukan macam tu. Nini harap abang tak balik awal sangat sebab Nini sunyi tinggal sorang kat rumah ni,†jawabku pantas.
“Kami pun tak mahu balik cepat, tapi tugas yang memaksa kami balik cepat. Insyaallah, esok kami balik selepas melawat mama,†terang Abang Mi panjang lebar.
“Esok! kenapa cepat sangat,â€
“Hem... nak buat macam mana dah tugas kami,†jawab Abang Fir.
Keesokan hari, selepas Abang Mi dan Abang Fir melawat mama dan berjumpa dengan papa, mereka terus bertolak balik. Aku keseorangan lagi di rumah.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Sedang asyik menelaah buku, telefon di sebelahku berdering minta diangkat. Aku pantas mengangkat telefon itu. Suara papa menyapa lembut di telingaku.
“Hello, Nini buat apa tu?†soal papa lembut.
“Nini tengah cakap dengan papa.â€
“Nini, mama dah sedar dan akan balik ha-ri ini,â€
Aku menjerit keriangan, Abang Mi dan Abang Fir yang baru balik lima hari lepas mendekatiku untuk mengetahui berita selanjutnya. Papa tidak bercakap panjang. Dia sekadar ingin memberitahuku hal tersebut. Aku menyanyi kecil sambil menggoyangkan kepalaku ke kiri dan ke kanan. Abang Mi dan Abang Fir menggeleng kepala melihatku.
“Anak manja mama. Suka sangatlah mama boleh balik hari ni. Ha! lepas ni jangan asyik bertekak dengan mama saja,†perli Abang Mi.
Hon kereta membuat kami bertiga segera berkejar ke muka pintu. Akulah orang pertama yang sampai. Abang Mi membuka lipatan kerusi roda mama, lalu papa melatakkan mama dengana berhati-hati di situ. Abang Mi mengucup mama, diikuti oleh Abang Fir. Kulihat mama tersenyum.
Setelah itu, giliran aku pula. Sebaik sahaja aku berada di hadapannya, mama mengucup dahiku, lama dan syahdu rasanya.
“Ma...ma...rin...du...,†terputus-putus ayat dilafaznya.
Ini adalah kesan penyakit yang menyerangnya. Mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk pulih. Aku menggetap bibir menahan sebak.
Peperiksaan yang selama ini kutakuti akhirnya muncul juga. Hampir sebulan aku menghadapi peperiksaan ini dan hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Aku telah memasang azam ingin berjaya seperti kedua abang kembarku. Tamat sahaja peperiksaan, aku hanya duduk di rumah menjaga mama.
Seminggu sebelum keputusan keluar Ma-ma tiba-tiba diserang penyakit lagi. Aku menjerit memanggil papa. Papa segera membawa mama ke hospital. Aku turut mengikuti papa. Sudah sejam aku tunggu di luar wad kecemasan. Aku menuju ke telefon awam yang berdekatan untuk menghubungi abangku.
Lampu di wad kecemasan padam. Aku terus meluru kepada papa yang baru keluar. Aku tanya bagaimana dengan mama. Papa hanya diam. Aku melihat mama baring seperti dulu. Tiada lagi suaranya, gelak tawanya yang dulu. Mulai hari itu, aku menjadi penunggu setia mama.
Esok keputusan peperiksaan akan keluar. Mama masih lagi di pembaringannya. Sedang asyik termenung, tiba-tiba mama bersuara. Aku berasa sangat gembira kerana mama sudah sedar. Aku terus memanggil papa.
Pagi ini dengan hati yang gembira. Aku pergi mengambil keputusan SPM. Dengan hati yang berdebar, aku melangkah kaki ke sekolah. Setelah tunggu lebih kurang setengah jam, namaku dipanggil untuk mengambil keputusan. Dengan hati yang berdebar serta perasaan yang tidak keruan, aku melangkah menuju ke hadapan. Setelah mendapatkan slip keputusan, aku memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 12A1 hasil titik peluhku sendiri. Setelah berjumpa dengan guru-guru serta rakan-rakan aku terus ke hospital.
Setiba sahaja di hospital. Aku dapati begitu ramai sanak saudara di wad mama. Aku sangka mereka menantiku untuk mengetahui keputusan peperiksaanku. Tetapi apabila aku masuk ke bilik mama, aku lihat abang-abangku dan papa menangis. Apa yang terjadi? Papa menghampiriku dan meminta aku bersabar.
Kenapa... kenapa dengan mama? Abang Mir dan Abang Fir menghampiri dan membisik sesuatu yang selama ini aku sangat takuti. Mama...mama sudah tiada.
Aku tidak percaya. Aku terus berlari menuju ke katil mama. Hanya sekujur tubuh yang diselimuti kain putih di hadapanku. Aku menyelak kain yang menyelimuti tubuh itu. Keputusan SPM di tanganku terlepas. Lututku terasa lemah dan rebah di situ juga.
Kubur mama masih lagi merah. Aku masih lagi bersimpuh di sisi kubur mama. Genap sudah seminggu mama pergi meninggalkan kami. Tapi kenapa mama pergi tanpa melihat keputusanku? Papa, Abang Mi dan Abang Fir terus memujukku supaya bersabar. Hujan gerimis mengiringi kami pulang. Semoga mama ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin....
\^_^/
Diskusi