Renungan

Oleh Hamzah
2004-04-16 15:44:47

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
- Agama -


Beza balasan sikap sabar, mengeluh


PADA zaman dulu, ada seorang bernama Abul Hasan yang sering menunaikan haji di Makkah.

Satu hari ketika di Makkah, beliau terpandang seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata: “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini. Tidak lain, pasti kerana beliau ini tidak pernah risau atau susah hati.”

Dengan tiba-tiba wanita itu yang terdengar kata-kata Abul Hassan berkata: “Wahai lelaki, apa yang kamu katakan tadi sebenarnya, demi Allah, aku terbelenggu oleh perasaan duka cita dan luka kerana risau serta tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini.” Abul Hassan bertanya: “Apakah yang yang merisaukan kamu?”

Wanita itu menjawab: “Pada suatu hari, suamiku menyembelih kambing korban dan kami sekeluarga menyaksikannya. Ketika itu, aku mempunyai empat anak. Seorang daripada mereka sudah berkahwin, seorang lagi meminum susu dan dua lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, maka anakku yang kedua berkata kepada adiknya : “Wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?”

Balas si adik: “Sila tunjukkan kepadaku.”

Wanita itu berkata: “Maka adiknya itu dibaringkan menghadap langit dan disembelih. Kemudian, si abang menjadi takut apabila melihat darah yang banyak, maka dia lari ke bukit. Akhirnya, anakku yang besar itu mati dimakan serigala.

“Suamiku pergi untuk mencari anakku yang lari ke bukit hingga beliau mati kehausan di sana.

“Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suami, tiba-tiba anak kecilku yang masih menyusu itu merangkak menuju ke periuk yang airnya sedang mendidih dan anakku menarik periuk itu menyebabkannya tertumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya.

“Berita itu sampai kepada anakku yang sudah berkahwin di tempat lain. Apabila beliau mendengar berita yang menimpa kami sekeluarga, dia jatuh pengsan dan akhirnya mati. Kini, aku tinggal sebatang kara,” katanya.

Abul Hasan bertanya: “Bagaimana kamu boleh bersabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini?”

Berkata wanita itu: “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan mengeluh, melainkan dia menemukan antara kedua-duanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir. Maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Ada pun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti rugi, yakni sia-sia saja.”

Rasulullah bersabda maksudnya : “Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliah, dan orang yang mengeluh jika dia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongkan baginya pakaian daripada wap api neraka.”

Jadi, kita janganlah mengeluh apabila ditimpa atau didatangkan sesuatu musibah atau masalah. Sebaliknya, hendaklah bersabar serta bertakwa dan reda dengan musibah itu.

Allah Maha Mengetahui kerana setiap apa yang ditimpakan ke atas umatnya ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai umatnya hendaklah reda terhadap dugaan dan cabaran yang Allah datangkan itu. Jadilah kita umat yang pandai bersyukur terhadap anugerah dan pemberian-Nya.


(rujukan: Laman Agama Berita Harian)
Fussy thing is not difficult, but unpredictable thing is a real difficulty.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my