Ketenangan Dan Kebahagiaan Hidup

Oleh Tiny Alya
2002-07-31 13:45:10

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51



Tiap-tiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini memerlukan kepada keselamatan dan kesejahteraan. Kekayaan tidak dapat memberi ketenangan bahkan dengan kekayaan jugalah hati manusia akan terpesong dari mengingati penciptanya. Manusia cuba mencipta ketenangan dengan pelbagai hiburan, jenaka yang menggelikan hati, berpoya-poya dan melakukan pelbagai aktiviti yang mencemaskan sehingga terkadang ada yang terbunuh di dalamnya, tetapi inilah hakikat ketenangan yang mereka cari. Ada sesetengahnya yang suka tinggal di hutan kerana merasa tenang dan tenteram, apa tidaknya bukankah setiap makhluk di atas muka bumi ini berzikir kepada Allah s.w.t. Apabila berzikir dan mengingatiNya maka cahaya ketenangan akan lahir di dalam hati yang penuh dengan kerisauan dan gundah-gulana. Tiap-tiap makhluk yang tidak berzikir kepada Allah s.w.t. dianggap mati begitulah juga dengan hati. Hati yang mati ialah hati yang tidak pernah mensyukuri nikmat serta tidak mahu memikirkan penciptanya.

Oleh itu bagaimanakah hati hendak tenang?
Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 63, bermaksud : “(dan Dialah (Allah) yang menyatupadukan di antara hati-hati mereka, kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada dibumi nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara perasaan-perasaan mereka. Sesungguhnya ia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana)”.

Justeru, bagi mencapai hati yang penuh ketenangan ada beberapa panduan ke arah merealisasikannya. Hati hendaklah tetap dengan keyakinan dan keimanan yang mantap mengikut al-Qur’an dan as-Sunnah, selalu berdamping dengan para ilmuan dan menghadiri majlis ilmu, memohon kepada Allah di atas segala keperluan hidup kita dan mengaku akan kebesaranNya, selalu bermuhasabah diri dan merenung kesalahan-kesalahan yang kita lakukan dan tunaikan segala perintah Allah dan Rasulya, berbuat baik kepada kaum kerabat, sahabat handai serta bangun malam memohon perlindungan dari godaan-godaan dunia. Insya Allah segala amalan ini hendaklah dilakukan dengan istiqomah agar kita sentiasa dalam perhatian Allah s.w.t. Apabila kita sentiasa diperhati olehNya maka ketenangan akan sentiasa menyelubungi kehidupan kita.

wassalam
<@-@>

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my