Kesilapan Tanpa Disedari

Oleh deida
2003-09-13 22:59:39

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Kenali pasangan kita sebenarnya, walau mungkin ada
diantara kita yg telah bersama lebih 20 -30 thn,
inikan pula baru beberapa tahun atau bulan.

Sering kita terlupa serta mungkin tanpa kita sedari
kita sebenarnya semakin jauh dari pasangan / ahli
keluarga kita. Berkonumikasi semakin kurang, kalau ada
pun cuma yg penting2 saja, bertanya khabar jarang
sekali.... asal saja nampak 'dia' tegak berdiri ...
kita anggap 'sihatlah tu', walhal kita tidak tahu
mungkin hari itu 'dia' sakit kepala / susah hati /
dll.

pelikkan sewaktu baru berkenalan / bercinta kita dan
dia boleh bersembang apa saja topik yg kita mahu...
hatta kisah sebatang pensil mungkin boleh jadi sebuah
novel bersiri . Waktu itu kita berdua masing2 ada
saja bahan serta idea melintasi kepala utk dibualkan
bersama.

Namun sekarang kerana sidia sudah dlm genggaman
(berumahtangga) kita rasa hambar dan biasa sahaja...
segalanya sudah hilang serinya. Sudah tak ada yg
membuat kita rindu kala tidak bertemu.

begitu juga dgn anak2. Waktu tak punya anak kita
beriya2 ingin menimang cahayamata. Bila ada rezeki
Allah SWT beri kita zuriat, kecil2 tengah comel
seronoklah kita jaga dan belai manja, bila anak mula
remaja dah pandai berdikari, kita anggap dia dah tahu
jaga diri, pada anggapan kita dah aku didik dari kecil
tentu dah tau buruk baiknya.

Ada juga antara kita tak terlintas dihati utk merisik
apa sebenarnya keinginan / tanggapan serta impian
mereka terhadap kita ibubapa. Yg kita tahu segala
arahan /kemahuan / cita2 kita, yg mahu melihat
mereka jadi seperti yg kita rancangkan berjaya…
Jika mereka tak mahu menurut kata atau sudah ada
impian yg tidak selari yg kita harapkan kita kata
mereka degil dan mula menderhaka. Tak mengenang jasa
serta pengorbanan kita membesarkan mereka.

Walhal pernahkah kita tanya dari hati kehati apa
sebenarnya yg mereka mahu? Kita sudah lupa rupanya….
bagaimana gembiranya kita, bila sekecil itu ,satu
ketika dulu,
dari hanya terlentang ,sudah boleh meniarap ,sudah tu
merangkak, lama2 berjalan dan kemudian berlari… tapi
apakan itu semua atas arahan kita atau suatu
pencapaian hasil galakan kita? Kita sabar menanti…
anak org lain umur 9 bulan dah berjalan, anak kita
umur 12 bulan masih bertatih… tapi kita bangga dengan
nya.. kita sabar, kita galakkan dia, kita tak peduli
anak org lain, bagi kita itu lah dia ratu hati… kita
sabar melihat usahanya utk berjalan…

Bila dia telah remaja, kita pula memaksanya memenuhi
keinginan kita, bila sidia tidak mahu kita marah dan
kecewa akhirnya semua menderita…. Atas kesilapan yg
kita sendiri cipta…

Sebenarnya ini semua mampu kita atasi bila mana kita
sentiasa saling belajar untuk memahami, menerima dan
memberi. Belajar menghargai serta mengasihani,
sentiasa berusaha menjadi cemerlang pada pasangan,
diri sendiri dan keluarga. Bukan setakat mengharapkan
mereka yg memberi serta mengiktiraf kita semata2.

Oleh yg demikian marilah kita bersama2 berusaha
sentiasa mengkoreksi diri… menghiasnya dengan ilmu,
mencahayakan dgn tauhid dan mengimarahkannya dengan
amalan, semata2 kerana Allah SWT…..demi kecemerlangan
hidup – DUNIA & AKHIRAT.

Wallahu’alam..
Wasallam.


Be ur self!

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my