Sinar ........ Segala Yang Bermula Di Sini...

Oleh Mami Ros
2003-09-07 02:53:26

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Sinar Rejab: Taubat mesti disusuli peningkatan amalan


ISLAM menganjurkan umatnya supaya berpegang teguh kepada ajaran-Nya, iaitu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

I k l a n




Dengan ini, seseorang akan memperoleh kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba bertakwa kepada-Nya.

Bagaimanapun, dalam menempuh liku kehidupan, seseorang pasti berdepan dengan pelbagai keadaan yang benar-benar menguji keimanan.

Seseorang yang mempunyai keimanan utuh, tentunya dapat menempuh godaan dunia dengan ketaatan dan kepatuhan kepada Yang Maha Esa.

Sebaliknya, seseorang yang rapuh imannya akan tersungkur dan tersasar dari jalan kebenaran akibat terpengaruh dengan bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu.

Namun, Islam bukanlah agama yang menzalimi pengikutnya dan membiarkan seseorang itu terus bergelumang dengan dosa.

Hakikatnya, Islam menggesa seseorang bertaubat bertujuan membersihkan diri daripada dosa dan segala kekotoran.

Dengan bertaubat, manusia semestinya memperbaharui janji dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat.

Selepas itu, mereka akan berazam untuk melaksanakan ketaatan dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

Justeru, bersempena kedatangan Rejab, taubat adalah antara amalan yang amat digalakkan bagi membersihkan dari daripada segala dosa selama ini.

Ia bersesuaian dengan kedudukan Rejab sebagai bulan latihan dan keinsafan kepada seseorang.

Tidak hairanlah sepanjang bulan ini, Allah melipatgandakan amalan seseorang dengan pelbagai kelebihan dan manfaat.

Tujuannya agar umat Islam merebut kelebihan itu khusus bagi menebus kesalahan lalu di samping meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada-Nya.

Tuntutan supaya setiap manusia bertaubat bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." – (Surah at-Tahrim, ayat 8).

Sesungguhnya, amalan taubat adalah bukti seseorang itu beriman atau kufur terhadap nikmat Allah.

Ini kerana manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah akan segera menyedari serta menginsafi diri terhadap kesilapan yang dilakukannya.

Dia terus bertaubat kepada Allah dan menyerahkan diri kepada-Nya dengan penuh penyesalan dan membulatkan tekad serta keazaman meningkatkan amal soleh dalam kehidupannya.

Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan (antara ciri orang yang bertakwa itu) ialah orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa, melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

“(Orang yang demikian sifatnya), balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang beramal." – (Surah Ali Imran, ayat 135 hingga 136).

Perlu diketahui bahawa taubat tidak sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan taubat saja. Selepas itu, dia mengulangi semulaperbuatan dosanya.

Hakikatnya, taubat sebenarnya menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu.

Pertama, dia hendaklah menyesal dan insaf terhadap kesilapan terdulu, di samping menangis dan mengalirkan air mata sebagai tanda keinsafan.

Kedua, seseorang itu hendaklah berazam dan bertekad tidak akanmengulangi perbuatan terdahulu.

Dalam erti kata lain, selepas bertaubat, dia dikehendaki meninggalkan terus perbuatan dosa dan menggantikannya dengan amal soleh.

Inilah yang tersirat di sebalik firman Allah yang bermaksud: “Dansesungguhnya Aku (Allah) yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.” – (Surah Taha, ayat 82).

Apabila ditinjau sirah Rasulullah, didapati Baginda adalah contoh terbaik yang menjadi ikutan umat Islam.

Pernah diriwayatkan Rasulullah saw beristighfar 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud pada tengah malam, padahal dosanya terdahulu dan akan datang sudah diampunkan Allah.

Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya, Saidatina Aisyah: “Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika Rasulullah yang mendapat keistimewaan pengampunan Allahterhadap segala dosanya masih beristighfar dan beramal soleh, kita sebagai insan serba daif perlu melaksanakan lebih daripada apa yang diamalkan Baginda.

Menyedari hakikat ini, setiap Muslim sewajarnya merebut kesempatan dan peluang hidup yang dikurniakan Allah di dunia ini.

Mereka perlu memperbaharui taubat dan seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah dengan menambah amal soleh sebagai bekalan apabila menghadap Allah kelak.

Oleh itu, marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah, lebih-lebih lagi sempena kedatangan Rejab, bulan yang diberkati Allah.

copy and paste dari Berita Harian......
"...Kalau benci sekali pun jgn mengaibkan orang.. check this url pls http://www12.brinkster.com/mymasjid2003

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my