Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Mengaji Sesaat : Tuduhan munafik tidak boleh dibuat sembarangan
Oleh Dandarawi S
DARIPADA Saidina Abu Said Al-Khudri menceritakan bahawa pada zaman Rasulullah saw, orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah bergembira dengan sikap mereka yang tidak bersama Rasulullah.
Apabila Nabi Muhammad kembali, mereka mengemukakan pelbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan.
Lalu Allah swt menurunkan ayat di dalam surah Ali Imran ayat 188 yang bermaksud: “Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Rasulullah, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat daripada seksaan dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.†– (Riwayat Imam Muslim).
Puak munafik atau hipokrit selalu saja mencari dan mencipta alasan palsu untuk tidak turut serta bersusah payah memperjuangkan atau mempertahankan keamanan serta kesejahteraan negara bersama Rasulullah dan sahabat. Alasan mereka yang kononnya begitu kukuh ditokok tambah dan diperindahkan supaya nampak hebat seolah-olah mereka telah melakukan suatu jasa yang lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat sendiri.
Justeru, mereka berhak pula kononnya untuk mendapat pujian sedangkan mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apapun selain melarikan diri daripada susah-payah dan beban yang patut ditanggung bersama. Walaupun mereka bergembira dengan penipuan itu tetapi Allah lebih mengetahui tentang apa yang sebenarnya mereka lakukan, malah kesalahan menjauhkan diri daripada tanggungjawab akan tetap menghantui pemikiran mereka sehinggalah mereka mati dan dijanjikan pula dengan azab yang amat pedih.
Di dalam masyarakat, senario atau gejala sifat munafik ini semakin berkembang dan menular, bukan saja di kalangan mereka yang tidak berpendidikan agama malah di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama juga. Sikap lepas tangan dan hanya menunggu ‘wahyu’ dalam menyelesaikan sesuatu konflik, masalah atau tanggungjawab adalah jelas sebagai sifat hipokrit yang semakin parah.
Walaupun sesuatu isu atau gejala sosial begitu parah dan diketahui semua orang, tiada yang tampil sehinggalah ‘diketuk’ oleh pemimpin atau pendedahan media. Sekiranya ada segolongan minoriti, mereka yang ikhlas tampil untuk menyumbang tenaga akan diejek dan dicemuh malah ada yang tidak mendapat kerjasama. Lebih malang lagi jika usaha itu tidak berjaya maka bertalu-talu kutukan diberi terhadap mereka, namun jika berjaya mereka yang bertungkus-lumus tadi tidak pula diberi pujian tetapi yang mendapat pujian ialah puak hipokrit yang mencelah pada saat akhir dan berlagak seolah-oleh merekalah yang bekerja.
Seperti halnya majlis kenduri besar; daripada mencari kayu api, mendirikan bangsal, menyembelih kerbau, menggulai, menyiapkan pentas, mengatur itu dan ini, semuanya dibuat oleh beberapa kerat orang saja, tetapi sewaktu kenduri bermula dan sewaktu tetamu istimewa tiba, yang bersamping dan bersalaman ialah orang lain yang tidak pernah muncul dalam kerja-kerja sebelum ini.
Dia yang bersalaman dengan tetamu itu akan tersenyum lebar seolah-olah kerana dialah kenduri itu berjaya. Ke mana perginya orang yang mencari kayu, mendirikan bangsal dan menggulai? Kebanyakannya tidak dikenali, tidak dipuji dan hanya duduk di dapur atau bahagian belakang saja.
Justeru, seperti yang disebut Al-Manjisi: “Orang yang ikhlas ialah mereka yang memakmurkan dunia dan menjadikannya sentosa walaupun manusia tidak mengenalinyaâ€. Sultan Salahudin Al-Ayyubi pula berkata: “Orang disanjung bukan kerana kerja ikhlas semata-mata tetapi kerana kedudukannya. Sekiranya orang yang ikhlas itu disanjung juga ketika dia sudah tidak berkedudukan lagi, fahamilah bahawa orang yang menyanjungnya itu sebenarnya yang mahukan kedudukan dan pujian, sebab puja dan puji hanyalah untuk Allah semata-mata. Dialah yang lebih berhak untuk dipuji, jelaslah orang yang memuji orang lain sebenarnya hanya mahu dipuji orang lain pula.â€
Daripada Abdullah bin Mas'ud pula berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah kerana itulah Dia memuji Zat-Nya sendiri. Begitu juga tidak ada seorangpun yang lebih marah daripada Allah kerana itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji.†– (Riwayat Imam Muslim).
Namun bukan semua orang mempunyai niat jahat untuk menjadi orang munafik, terkadang kerana pendidikan dan latar belakang kehidupannya atau sebab-sebab rahsia yang hanya dirinya sendiri mengetahui. Sebab itu adalah tidak adil jika pada kesalahan pertama dan kedua, mereka yang tidak turut serta dalam sesuatu pelaksanaan tanggungjawab dicap hipokrit atau munafik.
Berilah peluang kepadanya untuk membersihkan dirinya dulu daripada ciri-ciri munafik seperti berkata bohong, mungkir janji, tidak amanah dan melampau dalam perseteruan. Seharusnya kita berganding bahu mencari jalan secara psikologi dan hikmah untuk menghapuskan sifat dan sikap hipokrit ini
"...Kalau benci sekali pun jgn mengaibkan orang.. check this url pls http://www12.brinkster.com/mymasjid2003
Diskusi