Pahala Terakhir Seorang Isteri

Oleh nuriman...
2003-08-20 09:35:27

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering
> datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya
> selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang
> telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya
> mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari
> ini.
> Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan
> anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
> Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan
> saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi
> keterlaluan jika dikatakan
> saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat
> berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan
> rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah
> saya
> abaikan.
>
> Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
> memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang
> untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan
> lain-lain
> sifat yang
> baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan
> waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang
> berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan
> memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang
> bertakwa.
> Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami
> akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri
> terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam
> dan
> menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan
> kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang
> kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas
> mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah
> tugas
> nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
> Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat
> dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur
> kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,
> hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan
> sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain
> kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan
> masing-masing.
>
> Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya
> ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu
> merupakan
> hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa
> orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan
> pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke
> rumah.
> Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
>
> Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
> Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
> bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada
> petang itu.
> Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu
> jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami
> sedar
> saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak
> memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran
makanan
> laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
> Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa
> tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
> usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami
> sayalah
> orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap
> pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di
> katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun
> hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar
> tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati
saya
> hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata
> kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu
> saya
> menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
> Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada
> saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
> tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.
> Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
> Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti
> ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak
> berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali
> -
> panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam
> kemalangan
> dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,
> tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya
> dan
> saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,
> tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya
> kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
> Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan
> yang
> lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,
> maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
> Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada
> seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,
> tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
> murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga
kini,
> setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.
> Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara
> saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak
> agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada
> ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai
> isterinya.
> Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.
>
> Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan
>



Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my