Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
[salam] buat rakan2 MM semua..
Rasanya sudah lama shafiah tidak menziarahi laman ini lantaran kesibukan namun tidak bermakna shafiah sudah melupai kalian. Apa khabar semua?
Hari ini shafiah cuba bawa satu tafsiran hadis untuk tatapan kita semua dan moga dengan sedikit sumbangan ini kita semua akan sama2 mendapat manfaat dan pengajaran, insyaAllah.
Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali Penerangan Hadis: Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
Riwayat: HR al- Baihaqi
Renungkanlah sahabat2ku sesungguhnya apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yg lalu, kita sudah dapat merasainya hari ini…cuba sahabat2 perhatikan dunia Islam hari ini, tak payah kita nak melangkah jauh ke negara luar, cukuplah kita menjelajahi negara kita sendiri atau di kawasan sekitar tempat tinggal kita sejauhmanakah kebenaran yang Nabi Allah sabdakan itu. Betapa umat Islam hari ini Islamnya hanya pada nama. Miskin imannya, namanya Islam tapi bila disemak, Kristian anutannya, cuba anda semua tanya golongan remaja hari ini, tentang keIslaman mereka, mungkin ada di antara mereka yang akan menjawab “Saya Islam kerana mak dan ayah saya Islamâ€â€¦silap merekakah itu? Jawapan yang sama mungkin diperolehi seandainya kita bertanyakan kepada mak dan ayah mereka. Sesungguhnya umat Islam kita hari ini amat tandus dari segi penghayatan terhadap Islam, tak kurang juga yang mempersendakan Islam itu sendiri, lalu siapakah yang harus kita persalahkan? Dan berseronoklah golongan kuffar kerana berjaya mencabut roh Islam dalam diri umat Islam dengan pelbagai agenda pembangunan dan modenisasi mereka.
Al Quran hari ini sekadar menjadi hiasan di dinding2 rumah, hiasan di dalam almari yang indah untuk tontonan para tetamu bahkan sampai usang kerana terlalu lama berada dalam gerobok buruk. Kita terlalu memperkecilkan nilai ayat Allah bahkan kita cuba membuat penafsiran semula ttg ayat2 Allah mengikut pentafsiran akal kita yg dangkal konon utk kesesuaian zaman. Kita cuba mencipta hukum sendiri kononnya hukum dlm Quran sudah tak sesuai. Siapa kita untuk mengubah hukum Allah SWT?
Cuba kita semua lihat masjid2 yang tumbuh dewasa ini. Tersergam indah, bahkan kita berlumba2 untuk membina masjid yang canggih, terbesar dsb. Namun rahmatnya tiada. Tidak ada gunanya masjid yang gah di mata dunia ttp hakikat yang sebenarnya miskin dari hidayah Allah SWT. Hanya dijadikan tempat persinggahan para pelancong yg datang hanya utk melihat bkn utk beribadah. Itukah yang kita semua banggakan?
Benarlah sabda Rasulullah SAW ttg ulama su’. Hari ini telah banyak terpampang di depan mata kita betapa ramai ulama su’, yang sanggup memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap segala kemungkaran yang berlaku semata-mata kerana takut periuk nasi tergadai.
Justeru, marilah kita semua kembali kepada ajaran Allah yang sebenar. Seperti mana yang telah diwasiatkan oleh Nabi Allah SAW agar kita semua berpegang teguh dengan Al Quran dan Hadis dan dengan itu kita tidak akan sesat selamanya, insyaAllah.
[10][10]
...Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah....Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH....
Diskusi