Waktu Yang Dimakruhkan Solat

Oleh osama_laden
2003-08-13 07:52:10

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
UMAT Islam perlu mengetahui bahawa ada lima waktu yang dimakruhkan
untuk solat tanpa sebab, iaitu selepas Asar, selepas Subuh, waktu tepat
jatuh matahari, terbit atau terbenamnya matahari.

Bagaimanapun, untuk melakukan solat yang bersebab seperti mengqada
solat sunat rawatib atau kerana gerhana atau untuk menyembahyangkan
jenazah, maka waktu itu tidak dimakruhkan.

Antara rahsia larangan itu adalah untuk menjaga supaya tidak sama
dengan penyembah matahari yang mungkin menimbulkan daya penarik atau
perbuatan ke arah itu. Jadi, membiarkan waktu itu berlalu terlebih dulu adalah
sebagai tambahan perhatian serta perintah bagi menjaga kesucian Islam.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah sembahyang dua rakaat
selepas Asar, lalu baginda ditanya: "Bukankah Tuan melarang kita untuk
bersembahyang pada waktu ini?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Dua rakaat yang saya sembahyang itu tadi
semestinya saya lakukan selepas Zuhur, tetapi saya sibuk kerana ada
perutusan yang datang."

Aisyah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w. itu apabila tertidur atau sakit,
sehingga pada malam harinya itu tidak sempat bangun, maka baginda
selalu bersembahyang untuk yang ditinggalkan itu pada permulaan hari
sebanyak 12 rakaat."

Oleh itu, barang siapa yang meninggalkan sesuatu wirid kerana keuzuran,
janganlah memberikan keringanan kepada dirinya untuk terus meninggalkan
perbuatan itu tetapi hendaklah dipenuhi pada waktu lain.

Langkah itu bagi memastikan diri kita tidak dibiasakan dengan
kelalaian, meninggalkan atau memandang mudah saja. Jadi, memenuhinya itu amat
baik dengan tujuan untuk menggiatkan diri dan melakukan secara tetap dan
tertib supaya menjadi amalan berterusan.

Berikut adalah beberapa masalah yang perlu diketahui mengenai solat:

l Sedikit perbuatan, sekalipun tidak membatalkan solat hukumnya makruh,
melainkan jika ada keperluan. Contohnya, menolak orang yang hendak
berjalan di depannya, membunuh kala atau keinginan untuk menggaru gatal
pada tubuh yang mengganggu kekhusyukan.

Ketika seseorang itu menguap, tidak mengapa jika meletakkan tangan di
mulutnya. Jika bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan mengucapkan
Alhamdulillah dalam hati saja dan tidak menggerakkan lidah, manakala
apabila sendawa, janganlah mengangkat kepala ke atas.

l Jika berjemaah dan hanya ada seorang makmum saja, disunatkan
seseorang itu berdiri di sebelah kanan imam dan berada di belakangnya sedikit.
Kalau makmum hanya seorang wanita, maka hendaklah berdiri tepat di
belakang imam. Jika dua orang makmum, seorang lelaki dan seorang perempuan,
maka si lelaki berdiri di sebelah kanan imam seperti di atas dan wanita
pula di belakang makmum lelaki itu.

l Bagi makmum masbuq yang sempat bersolat pada akhir perbuatan dalam
solat bagi imam, maka itu dianggap permulaan solatnya. Dia perlu
menyesuaikan amalannya dengan amalan imam itu dan hendaklah meneruskan secara
sendirian apabila imam selesai.

Dalam solat Subuh, makmum masbuq hendaklah membaca doa qunut sekali
lagi sekalipun sudah mengikut imam membacanya pada rakaat sebelum itu.
Jika mendapati imam sudah berdiri, maka jangan memulakan solat dengan
membaca doa Iftitah sebaliknya terus membaca al-Fatihah.

Sekiranya imam rukuk pada hal dia belum selesai membaca al-Fatihah,
tetapi mengagak mampu menyusul imam ketika iktidalnya dari rukuk selepas
itu, maka lebih baik bacaan al-Fatihah diselesaikan saja. Tetapi,
sekiranya tidak dapat menyusul imam, maka baiklah mengikut amalan imam dan
terus rukuk.

Jadi, sekalipun hanya sempat membaca sebahagian saja al-Fatihah, gugur
kewajipan membaca keseluruhannya kerana kemasbuqan makmum berkenaan.
Seterusnya, apabila makmum datang ketika imam dalam keadaan sujud atau
bertasyahhud, maka dia hendaklah terus bertakbiratul ihram lalu duduk.


Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my