Suatu Cerita Di Malam Jumaat

Oleh Itaarissa
2003-08-11 14:23:43

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Menarik gak citer ni...sekadar copy n paste dr ku.....


A'kum........

sebagai iktibar dan peringatan bersama...


Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak).

Ya Allah betapa besarnya nikmat(kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau
kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku
sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu menghadirkan diri ke masjid untuk sembahyang
berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan betapa kasihnya
Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid .

Aku diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat
ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka -mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan
Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh
hidayat.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir
mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila
sudah habis ! makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku,
masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya,
puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku.

Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang aku tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit
berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh membalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan
dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia
kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu.
Bila rancak berbincang, kawanku dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri
meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru aku jumpa mula
ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban.
Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada
sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada
semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di
khalayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.
Bila aku dengar sahaja tentang skrin televisyen ini
dalam hatiku kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri sendiri seolah-olah aku berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badanku, begitulah rasa malu aku ketika aku dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan
fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini,
kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka
apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku,
apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikan
.................ya Allah,
tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau
membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.
Kawanku yang seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak
membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan
menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya
siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat
dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah.
Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah masanya
dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata
itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid.
Soalan aku kini siapakah dua orang yang aku jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama sepertiku atau.....?
Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN
TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau khayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing.............dan saya masih hairan melihat
manusia yang ketawa terbahak-bahak........sudah
lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?
Tolong ambil ikhtibar dari cerita ini.........saya
hanya boleh menyampaikan sahaja tetapi tuan/puanlah yang boleh mengubah diri
Ihklas lillahi taala.....dengan harapan umat ini akan selamat di dunia dan akhirat,tolong sampaikan..


P/S:Thanks buat penulis asal serta kawan saya yg tolong forwardkan tu.....

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my