: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu
terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu
nabi
s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau
dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak,andaikan
satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan
di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.Demi
Allah
yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya
air
panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka
itu
ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari
orang
laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah
dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih
panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah
lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab
Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di
dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari
ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh
pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan
kepala
nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar
nabi
saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
yang
akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
besar
dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis
dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan
dan
petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam
Kitab
Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..
From: JANS_halim
"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"