Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
* PERUT DITEBUK DAN DIPASANG SALURAN NAJIS ATAU DIPASANG TIUB PADA SALURAN KENCING
Cara berwuduk:
1. Bekas najis, sekiranya dapat dibersihkan atau ditukar dengan mudah pada setiap kali berwuduk, itu lebih baik.
2. Jika tidak, berwuduk seperti biasa.
Cara bersolat:
1. Solat mengikut kemampuan: Berdiri atau duduk atau berbaring atau isyarat.
2. Solat perlu diulang apabila sembuh nanti kerana menanggung najis .
* SAKIT JANTUNG DLL SERTA ADA WAYAR DAN PLASTER DI TUBUH
Cara berwuduk:
1. Berwuduk seperti biasa.
2. Basuh pada anggota tangan yang terbuka kemudian sapukan air pada plaster.
3. Teruskan hingga selesai wuduk.
Cara bersolat:
1. Solat seperti biasa.
2. Berdiri jika upaya atau duduk jika tidak.
3. Solat perlu diulangi apabila sembuh nanti.
*KAKI DIPOTONG
Cara berwuduk:
1. Berwuduk seperti biasa.
2. Basuh kaki (anggota wuduk).
3. Jika kaki yang dikerat tidak berbalut, sunat dikenakan air pada penghujungnya.
Cara bersolat:
1. Solatlah seperti biasa jika dapat berdiri, atau duduk mengikut kemampuan.
2. Dibolehkan duduk di atas kerusi, gunakan isyarat kepala atau mata. Bagi isyarat sujud ianya Iebih rendah dari isyarat rukuk.
sambung lagi nanti.....
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...
Diskusi