Solat Utk Yg Sakit 1

Oleh ira
2003-08-05 18:36:39

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
*PERUT DITEBUK

Cara berwuduk:
1. Jika mampu, berwuduk seperti biasa.
2. Jika tidak dapat buat sendiri, mintalah bantuan.

Cara bersolat:
1. Solat mengikut kemampuan (mengikut tertib) berdiri atau duduk atau berbaring atau telentang di atas katil dengan dihadapkan kaki ke arah kiblat, kepala diangkat tinggi sedikit (seperti gunakan bantal).

2. Jika tidak, hendaklah mengikut keupayaan:
Dengan isyarat mata atau kepala .

*KAKI DIBALUT

Cara berwuduk:
1. Jika mampu, berwuduk seperti biasa, jika tidak mintalah bantuan.
2. Ketika membasuh kaki, jika dapat sapukan air pada seluruh kaki kanan yang elok mengikut yang boleh.
3. Kaki kiri pula disapukan di atasnya sahaja, kemudian hendaklah bertayammum.

Cara bersolat:
1. Jika tidak dapat bergerak, solatlah dengan dihadapkan kaki ke arah kiblat dengan diangkatkan kepala tinggi sedikit (seperti gunakan bantal).

2. Jika tidak, ikut keupayaan:
Dengan isyarat mata atau kepala

* KAKI DAN TANGAN BERBALUT

Cara berwuduk:
1. Minta bantuan untuk basuhkan muka, basuhkan tangan yang elok dan kawasan tangan kanan yang tidak dibalut atau disapu saja.
2. Sapukan air di atas balutan, kemudian bertayammum, selepas itu sapukan kepala.
3. Basuhlah kaki kiri sebagaimana biasa, disapukan kaki kanan yang berbalut setelah membasuh atau sapu bahagian yang tidak dibaluti, bertayammum.

Cara bersolat:
1. Jika tidak dapat berdiri, duduk sekadar yang mampu, boleh duduk di atas kerusi menghadap ke arah kiblat.
2. Gunakan isyarat kepala ketika bertukar rukun perbuatan: Sujud Iebih rendah dan rukuk dan seterusnya.
3. Solat perlu diulangi apabila sembuh nanti kerana anggota tayammum dibalut.



2 b continued...
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my