Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
i) Sabda Nabi s.a.w., "Orang-orang yang mahir membaca Quran adalah orang-orang yang sentiasa ditemani oleh malaikat yang mulia lagi berbakti." (HR Bukhari/Muslim) ...Maknanya, orang yang mahir baca Quran, malaikat akan jadi kawan dia. Tuan-tuan kena ingat bahwa dalam hadith lain Nabi sebut bahwa memang ada malaikat yang dok kawal kita, i.e. ada malaikat yang jaga depan/belakang kita, terutamanya budak-budak kecik. Kan kita pernah dengar cerita accident kereta satu keluarga mati, tapi yang selamat hanyalah sorang bayi. Ini adalah dengan izin dan pertolongan ALLAH melalui malaikat yang mengawal manusia. Jadi, antara kaedah kita nak berdamping dengan malaikat ni ialah hendaklah mahir baca Quran. Ini cerita orang yang mahir baca Quran. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tak mahir baca Quran?...Umur 62 tahun baru nak baligh, umur 62 baru nak kepit kitab tajwid, umur 62 baru nak idram/izhar, baru nak belajar bedengung?...Orang macam ni kata Nabi, "Dan orang yang membaca al-Quran tetapi sulit/payah hingga merangkak-rangkak, dia dapat 2 pahala. Yang pertama, dia dapat pahala nak baca Quran. Dan yang keduanya ialah kerana walaupun susah tapi dia tetap mencubanya."
ii) Sabda Nabi s.a.w., "Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran, kemudian diajarnya balik." (HR Muslim)...Samada dia belajar tajwid atau tafsir, kemudian bila dia ajar balik kat orang lain, maka kata Nabi bahwa orang macam ni adalah baik.
iii) Dari hadith Mushabih Sunnah, Nabi s.a.w. bersabda, "Seseorang yang dalam kehidupan sehariannya langsung takdak Quran (seperti tak pernah beramal, tak pernah baca dan jauh sekali menghafal), maka dia seperti sebuah rumah yang usang."...Cuba tuan-tuan masuk rumah yang sudah ditinggalkan begitu lama, apa yang ada dalam rumah tu?...Apa yang mungkin kita tengok ialah taik tikus, teloq ular, aksesori penagih dadah dan bermacam-macam lagi benda yang teruk-teruk belaka. Inilah keadaan orang yang langsung takdak dalam kepala hotak dia, al-Quran.
iv) Sabda Nabi s.a.w., "Barang siapa yang membaca 1 huruf daripada al-Quran, maka dia dapat 1 kebaikan. Dan 1 kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (HR Tirmidzi)...Ini merupakan satu bonus untuk kita daripada ALLAH SWT. Itu belum lagi ganjaran faham makna ayat. Dengan kita baca saja ayat Quran, boleh bonus tu kat kita. Timbul satu persoalan, iaitu seelok-eloknya banyak mana kita nak baca?...Seelok-eloknya kita ambik kaedah yang ALLAH sebut dalam Surah al-Muzzammil ayat 20 yang bermaksud, "...bacalah oleh mu apa yang kamu rasa senang dan mudah daripada Quran itu."...Kalau tuan-tuan rasa mudah hanya baca satu mukasurat sahaja, takpa silakan. Kalau tuan-tuan rasa mudah baca daripada satu `ain ke satu `ain, pun boleh, silakan. Kalau tuan-tuan rasa mudah baca satu juzuk, boleh silakan. Asalkan mau baca sudah la. Kalau boleh sekurang-kurangnya mau pederaih setengah jam. Tengok bola sejam boleh pi, awat baca Quran setengah jam tak boleh pi pulak?....Lagi baguih, kalau boleh hari-hari mau baca sebab itulah aset yang Nabi sebut baca 1 huruf dapat 10 kebajikan. Tapi Nabi tak sebut kebajikan itu dalam bentuk apa. Mungkin dalam bentuk diberi umur kita panjang. Boleh jadi dalam bentuk rezeki kita murah. Boleh jadi anak-anak kita nanti semuanya berjaya jadi orang-orang yang baik, masuk Univ. mengaji tinggi-tinggi, kemudian bila keluar jadi pulak pejuang-pejuang Islam. Ini semua ada kemungkinannya, yang ALLAH janjikan kebajikan dari 1 huruf yang kita baca itu. Sebab itu, saya seru diri saya sendiri dan kepada muslimin/muslimat sekelian, rebutlah peluang ini dengan memperbanyakan membaca al-Quran kerana ia adalah ibadah yang tidak ada tolok bandingnya.
Bahan internet...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Diskusi