Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Hakikat Iman dan Kesan
Beriman kepada Allah dan segi uluhiyahnya, rububiyahnya dan asmak dan sifatnya adalah merupakan tali yang menghubung antara manusia dengan Allah, kerana makhluk yang paling mulia yang ada atas muka bumi ini ialah manusia dan suatu yang paling mulia yang ada di dalam diri manusia ialah hatinya dan sesuatu yang paling mulia yang ada di dalam hati ialah iman kepada Allah kerana demikian orang yang dikurniakan nikmat iman ialah sebesar-besar nikmat dan semulia-mulianya.
Firman Allah: (Surah al-Hujurat, ayat : v)
" Allah menjadikan iman itu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskan di dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan durhaka itti perkara-perkara yang kamu benci, mereka bersifat demikian ialah orang-orang tetap menurut jalan yang lurus ".
Iman kepada Allah tidak cukup dengan hanya semata-mata ucapan dengan lidah dan dipercayai oleh hati, tetapi iman yang sebenarnya ialah pegangan sepenuhnya dengan hati kemudian akan terbitkan buktinya seperti matahari yang mengeluarkan cahayanya dan bunga mawar yang mengeluarkan baunya yang wangi.
Ciri-ciri Keimanan
Antara ciri-ciri keimanan seseorang itu ialah mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi cintanya kepada bapa, anak, isteri, jawatan, pangkat dan apa jua yang ia kasihi dan miliki dan ternampak tanda-tanda cintanya kepada Allah dan Rasulnya pada percakapan, perbuatan dan segala urusan hidupnya.
Firman Allah: (Surah At-Taubali, ayat : 24)
" Katakanlah wahai Mohammad, jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kami dan isteri-isteri (atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahai dan perniagaan yang kamu bimbing akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih dan Allh dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan (azab siksanya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik ".
Dan ayat-ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa mencintai keduniaan mengatasi cintanya kepada Allah dan Rasulnya dan juga cintanya kepada berjihad ke jalan Allah boleh membawa kepada bala bencana di dunia dan di akhirat dan orang yang bersifat demikian adalah fasik. Ia tidak akan mendapat taufik dan hidayah dan Allah selama-lamanya.
Keimanan seseorang tidak akan sempurna selagi tidak merasai benar- benar cinta kepada Allah dan Rasulnya dan cinta syariatnya dan cintakan perjuangan untuk menegakkan syariatnya, Sabda Rasulullah s.a.w.: (Riwayat Muslim)
"Tiga perkara, sesiapa yang mempunyainya akan terasa kemanisan iman : ia kasih kepada Allah dan Rasulnya melebihi kekasihnya kepada selain dan keduanya, dan ia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah, dan ia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah selamat-kannya seperti mana ia benci bahawa dicampak ke dalam api."
Seperti mana cintakan Allah dan Rasulnya merupakan antara ciri-ciri keimanan seseorang itu, maka demikian juga berjihad untuk menegakkan agamanya adalah juga antara ciri-ciri keimanan, dan al-Quran sering menyertakan iman dengan jihad dalam beberapa ayatnya antara:
Firman Allah: (Surah al-Hujurat, ayat: 15)
" Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar-benar (pengakuan imannya) ".
Keimanan seperti ini telah dibuktikan oleh para sabahat Rodhi Allah hu anhum sehingga Allah memuji mereka dan Firmannya: (Surah al-Ahzab, ayat : 23)
" Di antara orang beriman itu ada orang yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjian itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu sedikit pun)."
Orang yang benar-benar beriman kepada Allah sangat jelas takutnya kepada Allah kerana orang yang kenal Allah dan kebesarannya maka akan menyedari kekurangan dan kecuaiannya terhadap perintah Allah.
Firman Allah: (Surah Fathir, ayat : 23)
" Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah dan kalangan hambanya hanyalah orang yang berilmu."
Dan firmannya lagi: (Surah al-Ahzab, ayat : 39)
" (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah, serta mereka takut melanggar perintahnya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun yang lain dari Allah."
Sebagai tanda keimanan yang paling nyata lahirnya pada seseorang itu ialah berpegang teguh kepada ajaran wahyu Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Allah, bermakna ia sentiasa berhubung dengan Allah dan mengambilnya ajaran itu dan Allah,
Firman Allah: (Surah an-Nur, ayat: 51-52)
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika di ajak kepada kitab Allah dan sunah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan perkara-perkara di antara mereka hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."
Dan firmannya lagi: (Surah an-Nisa, ayat : 65)
"Maka demi tuhan mu (wahai Mohammad) mereka tidak (disifatkan) beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka. Kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima (keputusan itu) dengan sepenuhnya."
Orang yang benar-benar beriman ternampak betapa erat hubungannya dengan Allah dan dengan sesama orang yang beriman, ia sentiasa sujud, rukuk kepada Allah dan mematuhi apa jua larangannya dan berlemah lembut terhadap sesama orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir.
Firman Allah: (Surah al-Fatihah, ayat: 29)
"Nabi Mohammad pesuruh Allah dan orang yang sama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir (musuh Islam) dan (sebaliknya) bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)."
Antara ciri-ciri keimanan seseorang ialah sentiasa mengerjakan amal soleh dan membersihkan dirinya dari kekotoran dosa, kerana demikian kebanyakan ayat-ayat al-Quran menyertakan perkataan iman dengan amal soleh sebagai menyatakan bahawa amal soleh itu adalah buat bagi iman dan juga sebagai menyatakan bahawa iman yang palsu tidak akan melahirkan buahnya iaitu amal soleh dan akan lahir tanda-tanda kepalsuan iaitu nifak dan riak,
Firman Allah: (Surah al-Ashr, ayat : 1-3)
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar."
Iman yang sebenar akan lahirlah peribadi yang mulia dan mempunyai kekuatan. Dan berjaya dalam segala urusan dunia dan akhirat kerana mereka sentiasa mendapat pertolongan dan pertunjuk dan Allah.
Firman Allah: (Surah ,ayat : 51)
"Sesungguhnya kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-Rasul kami dan orang yang beriman, dalam kehidupan dunia dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari khiamat)."
dan firmannya: (Surah Ar-Rum, ayat: 47)
" Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab kami menolong orang yang beriman."
Sekiranya orang-orang beriman menyedari serta yakin akan kenyataan-kenyataan di atas maka akan bertambah lagi imannya kepada Allah dan segala gerak-gerinya mestilah menumpu ke arah mencari keredhaan Allah.
P/S:Bicara Muslim
Diskusi