Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
>
> Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah
jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu
masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu
kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah
bercahayanya wajahmu!
>
> Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada
hari kiamat?"
>
> Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
>
> Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
>
> Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia
tidak mengucap selawat ke atasku."
>
>
> BERDOA
>
> Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang
yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga
Muhammad."
>
>
> KIJANG DAN ANAKNYA
>
> Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa
seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua
> benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada
Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai
beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah
> ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah
perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan
anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
>
> Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke
mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti
Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang
> yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama
engkau disisinya."
>
> Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang
itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
>
> Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.
Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah
Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat
Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana
kita tergolong dalam umat Muhammad.
>
> ***************************
> Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga
kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap
Rasulullah SAW.
> ***************************
>
> Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu
>
> (surah Al-Baqarah ayat : 208)
Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku,maka satukanlah kami di dunia&akhirat buat selamanya
Diskusi