Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Adab Baca Al-Quran
1. Membaca Quran adalah ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala. Selain dari menimbulkan kesedaran batin dan kebersihan rohani manusia, sebab itu Rasulullah s.a.w. menekankan kepada sahabat-sahabatnya supaya meluangkan masa seberapa yang banyak untuk membaca dan memahami al-Quran. Secepat-cepat pembacaan Quran dikatamkan dalam masa tiga hari dan selewat-lewatnya jangan lebih dari sebulan dan sebaik-baiknya Quran dapat dikatamkan bacaannya dalam masa seminggu.
Para sahabat kenamaan seperti Uthman, Zaid Ibn Thabit, Ibn Mas’ud dan lain-lain mengkatamkan Quran dalam masa seminggu dengan dibuat penyusunan surah-surah seperti berikut:-
*Malam Jumaat, Surah al-Baqarah - Surah al-Ma’idah
*Malam Sabtu, Surah al-‘An’am - Surah Hud
*Malam Ahad, Surah Yusuf - Surah Maryam
*Malam Isnin, Surah Taha - Surah al-Qisas
*Malam Selasa, Surah al-Ankabut - Surah Sad
*Malam Rabu, Surah al-Tanzil - Surah al-Rahman
*Malam Khamis menghabiskan surah-surah yang baki.
Selain dari itu ada surah-surah yang tertentu digalakkan ulang membaca setiap hari seperti Yasin, al-Dukhan, al-Waqiah dan al-Mulk, lebih-lebih lagi pada hari dan malam Jumaat dengan ditambah surah al-Kahf dan Ali Imran.
Membaca Quran untuk keberkesanannya perlu kepada adab-adabnya antaranya ialah:-
*1.Disunatkan berwuduk untuk membaca Quran, memakai pakaian yang bersih dan di tempat yang bersih.
*2.Disunatkan membaca auzubillah di permulaan membaca.
*3.Disunatkan duduk menghadap kiblat, dengan kusyuk dan tenang serta menundukkan kepala.
*4.Disunatkan bersugi sebagai membesarkan Quran dan membersihkan.
*5.Hendaklah diberi perhatian membaca Bismillah di awal tiap-tiap Surah kecuali surah Bara’ah.
*6.Disunatkan membaca dengan penuh perhatian dan kefahaman, dengan demikian dapat melapangkan dada dan menyinarkan hati. Kalu bole baca yg ada terjemahan...
*7.Disunatkan menangis atau menimbulkan tangisan di waktu membaca Quran atau melahirkan perasaan sedih dan kusyuk.
*8.Memerdukan suara bila membaca Quran.
*9.Disunatkan membaca dengan Tafkhim.
*10.Disunatkan mengangkat suara atau merendahkan suara bila membaca Quran, ini bergantung kepada suasananya. Org kata bacaan berlagu...
*11.Membaca dimushaf lebih afdal dari membaca dari hafalan.
*12.Apabila pembaca tersilap atau terlupa ayat hendaklah dibaca ayat sebelum itu kepadanya.
*13.Makruh menutuskan bacaan dengan percakapan manusia.
*14.Tidak harus membaca Quran dengan bacaan Shaaz.
*15.Sebaik-baik bacaan ialah mengikut tertib yang disusun dalam mushaf.
*16.Disunatkan menepati sebutan setiap huruf dalam Quran mengikut penentuan yang ditentukan oleh setiap wajah bacaan, tidak diubah kepada wajah bacaan lain.
*17.Sunat mendengar Quran apabila dibaca. Dpt gak pahala bila dengaq org lain baca.
*18.Waktu yang diutamakan membaca Quran ialah di dalam sembahyang, waktu malam, separuh akhir malam dan sebaik-baik siang selepas subuh.
*19.Memelihara kehendak-kehendak maksud ayat bila membacanya. Apabila membaca ayat Sajdah hendaklah dilakukan sujud. Doa yang dibaca dalam sujud adalah mengikut konteks ayat yang dibaca.
Dalam Quran terdapat sebanyak 14 tempat ayat Sajdah. Apabila membaca ayat tasbih hendaklah ia bertasbih dengan berkata subhanallah, ayat doa hendaklah berdoa dan beristigfar dengan berkata:-
*20.Disunatkan berpuasa pada hari Khatam Quran.
*21.Diakhiri bacaan Quran dengan doa.
p/s:tunggu apa lagi...jom le baca walaupun sebaris ayat...
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...
Diskusi