Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Rasulullah S.A.W berjalan melalui kelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya, “ Mengapa kamu berkumpul disini?”
Sahabat menjawab, “Ya Rasulullah, ini ada org gila sdg mengamuk. Sebab itu kami berkumpul di sini”.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang ini bukan gila. Ia sedang mendapat musibah.Tahukah kamu, sipakah orang gila yang sebenar (al-majnun haqqal majun?)”.
Para sahabat menjawab, “Tidak, Ya Rasulullah”.
Baginda menjelaskan, “Orang gila ialah mereka ynag berjalan dgn takbur, yang memandang orang dgn pandangan yag merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, yang kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikkannya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya. Adapaun orang ini, dia sedang hanya mendapat musibah sahaja”.
Tercelanya, takbur ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya:
“Tiada kan masuk syurga orang yang didalam hatinya seberat biji sawi dari takbur (sombong). Dan tiada kan masuk neraka orang yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman.”(H.R Muslim).
Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.
Diskusi