Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Adab Tidur
Tidur bagi seorang muslim adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya iaitu:-
1. Membersihkan badan dari najis dan hadas bila hendak tidur, disunatkan mengambil wuduk sekalipun ia berada dalam hadas besar.
2. Kedudukan badannya di waktu tidur mengadap ke kiblat seperti kedudukan mayat.
3. Membaca doa atau surah-surah yang tertentu sewaktu hendak tidur, Rasulullah s.a.w. antara lainnya bila hendak tidur membaca surah al-ikhlas, al-Falaq dan al-Nas dihembuskan bacaan itu di kedua belah tangannya dan digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan ini diulangnya sebanyak tiga kali berturut-turut.
Adab Bangun dari Tidur:
1. Seorang Muslim apabila sedar dari tidur di waktu pagi hendaklah melafazkan ucap syukur kepada Allah s.w.t. kerana Allah masih memanjangkan umurnya untuk hidup. Ucapan syukur yang bermaksud:
"Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas kami dimatikan (tidur) dan kepadaNya kami kembali".
2. Kemudian ia bangkit menuju ke bilik air, ketika itu hendaklah ia kemaskan pakaiannya dengan niat menutup aurat yang dituntut oleh syarak.
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...
Diskusi