Solat Istikharah

Oleh osama_laden
2003-07-04 22:33:50

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Solat istikharah kita lakukan jika kita menemukan suatu masalah dalam membuat pilihan atau keputusan. Setelah mengerjakan solat sunat ini berdoalah dengan ikhlas agar Allah memberikan pilihan yang terbaik. Jika kita yakin dengan pertolongan Allah, maka Allah akan memberikan jalan yang terbaik kepada hambanya, namun jika ragu-ragu dengan pertolongan Allah, maka syaitan akan meniupkan perasaan was-was.
Kehilangan keyakinan atau ragu-ragu (was-was) dalam mengharapkan rahmat Allah merupakan dosa yang mesti ditinggalkan, kerana perkara tersebut menggugurkan iman. Jika iman telah hilang dalam sanubari, maka musnahlah rahmat Allah dalam kehidupan. Hindarkan daripada melakukan sesuatu diluar batas kerana disebabkan oleh tekanan terlambat mendapat jodoh. Walaupun kecenderungan hati saudara kepada pilihan anda tersebut, namun jika Allah menetapkan yang lain, maka itulah yang terbaik untuk anda. Sebab kebaikan dalam penilain manusia berbeza dengan kebaikan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk seseorang.
Hasil pilihan itu bukan sekedar mengikut kecederungan nafsu semata, tetapi kadangkala keputusan yang terjadi diluar jangkauan kita. Tugas kita sebagai hamba hanya menjalankan kewajipan dan bermohon kepada-Nya, sedangkan segala keputusannya kita serahkan kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah selesai solat lima waktu, bukan sekedar disegerakan memperoleh jodoh, tetapi mengharap dipertemukan dengan wanita solehah yang akan menghiasi rumahtangga dengan kedamaian dan ketenangan.

Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH TAALA.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my