Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
AYAT 120(SURAH AL-BAQARAH)
Terjemahan:
``Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu
sehingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah: ``Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang
benar)''. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu.''
Tafsiran:
Di dalam ayat 120 ini, Allah telah mengingatkan bahawa golongan Yahudi
dan Nasrani tidak akan merasa puas dan rela kepada kamu (kaum Muslimin)
sebelum kamu mengikut agama dan kehendak mereka.
Oleh kerana itu, kerahkan sepenuh tenaga dan usaha pada apa yang
ditugaskan oleh Allah untuk mendapatkan redha-Nya semata-mata.
Kaum Muslimin juga dinasihatkan jangan sekali-kali merendahkan diri
pada mereka dan mengikut kemahuan mereka kerana hanya itulah satu-satunya
jalan menuju keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Allah juga mengatakan bahawa petunjuk yang sebenarnya hanyalah wahyu
dan petunjuk yang langsung dari Allah iaitu agama Islam.
Itulah agama yang benar dan jalan yang lurus sehingga ke hari kiamat,
yang sempurna dan meliputi semua kepentingan dunia akhirat.
Kemudian pada penutup ayat, Allah memberi peringatan berupa ancaman
bahawa jika umat Islam mengikuti jejak dan tipu muslihat Yahudi dan
Nasrani sesudah menerima tuntunan Allah di dalam Al-Quran dan tuntunan
Rasulullah.
Ketika itu tidak akan ada seorang pun yang akan melindungi dan membela
mereka jika Allah menyiksa dan memberi balasan yang buruk.
Inilah balasan untuk sesiapa yang menyeleweng dari ajaran Allah kerana
terpengaruh dan tertipu dengan rayuan kaum Yahudi, Nasrani dan
lain-lainnya dari kalangan musuh-musuh Islam.
Sebab-sebab turun ayat:
Diriwayatkan oleh At-Tsa'labi yang bersumber dari Ibnu Abbas:
Dikemukakan bahawa kaum Yahudi Madinah dan Nasrani Najran mengharap agar Nabi
Muhammad bersolat menghadap ke arah kiblat mereka.
Ketika Allah memalingkan kiblat itu ke arah Kaabah, mereka merasa
keberatan. Lalu mereka berkomplot dan berusaha agar Rasulullah menyetujui
arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.
Maka turunlah ayat tersebut yang menegaskan bahawa orang-orang Yahudi
dan orang-orang Nasrani tidak akan senang dengan Nabi Muhammad walaupun
keinginan mereka dikabulkan.
Pengajaran:
1. Orang-orang Yahudi sememangnya tidak akan selesai daripada memusuhi
umat Islam selagi umat Islam tidak mahu tunduk kepada ajaran dan
mengikuti telunjuk mereka.
Ini dibuktikan melalui kalimah ``lan tardho'' dalam ayat tersebut yang
bermaksud : ``Tidak akan redha selama-lamanya''. Maka ungkapan ini
sewajarnya menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia.
2. Tidak ada perdamaian dan rasa tolak ansur di antara dan orang-orang
Yahudi dan Nasrani kerana mereka ini sudah termaktub di dalam Al-Quran
sebagai bangsa yang degil dan dikutuk oleh Allah swt.
3. Orang-orang Yahudi dan Nasrani saling bekerjasama apabila melibatkan
tujuan untuk memusuhi dan menghancurkan umat Islam walaupun hakikatnya
mereka ini berlainan agama dan fahaman.
Oleh itu ambillah iktibar daripada bukti-bukti dan peristiwa yang
berlaku pada hari ini yang melibatkan ratusan ribu jiwa umat Islam terkorban
angkara kezaliman mereka ini.
ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.
Diskusi