Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Nasihat itu di sukai oleh para teman dan guru ibarat
lampu nan terang di kegelapan malam,dan juga disukai oleh para ulama yang di muliakan,yakni mereka sebagai pewaris para Nabi dalam menjaga sumber ilmu pengetahuan.Dan saya tetap mengharapkan kepada para cerdikpandai dan ulama besar,sudi kiranya beliau memperbaiki kesalahan isi kandungan ini sesungguhnya
manusia itu tempat lupa dari tangan yang sia-sia atau hasilnya pun seperti membuang barang berharga di Sungai Nil.Allah swt memberikan kita petunjuk kepada sesiapa yang mengkehendaki ke jalan lurus.Dan cukuplah Allah Ta'ala sebagai
Tuhan ku dan Dia itu sebaik-baiknya pimpinan....
Maka di sini bermula.. Di sini saya ingin memaparkan persoalan yang senantiasa ditanyai oleh kawan-kawan saya semoga ia boleh menjadi iktibar bersama dan menjadi pengajaran bersama kerana ia boleh melalaikan kita sendiri selaku peng'chat'.
Masalah percaya atau tidak percaya,bukan pokok.Dan tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calon isteri. Tetapi pokok persoalannya sejauh manakah patut hadir rasa cinta dan cara perlaksanaannya.Masalahnya sejauh
manakah dia antara kita dapat mengawal perasaan
sendiri????? Malah apa yang saya lihat,ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 'sekufu'.Dalam erti mudah,kesesuaian di antara jiwa,hati baik dari segi rohani,sifat diri,akhlak,background agama,kekeluargaan, harta dan lain-lain perlu diambil kira.
Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran
nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik,susunan kata-kata manja yang menarik
perhatian,penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru
4/5 kali chat dan kemudian diekori dengan tarikan
suara lunak dalam telefon yang berterusan.
Malah diri rasa rindu yang tak terkawal kerana
'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik.Memang benar kata orang 'cinta itu
buta'.Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional.Kawal lah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa itu'.
Dalam masalah chat ini,saya lihat lelaki dan
perempuan tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.
Sesungguhnya,bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'.Jika benar-benar anda inginkan perempuan itu untuk di
jadikan isteri;bersifatlah gentleman,bercakaplah
berterus terang setelah anda benar-benar yakin.
Ingatlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud:-
" Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (MuttafaQ Alaihi)
Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya.Hormatilah pendiriannya dan
biarlah secara perlahan-lahan senang anda tidak
mengenali sebenar akan dirinya.Manusia boleh menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.
Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam
Islam;lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa.Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi
nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni
jagalah agar perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu
saja.Nyatakan pendirian anda,akhlak mahupun
yang baik dan buruk,dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri,sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah,anda berdua benar-benar menjadi pasangan di antara kedua-duanya.Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada kerasian dan kesefahaman.
Malah seorang sahabat pernah bercerita dengan saya di dalam chat IRC,seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin setelah bertukar-tukar gambar dan bercakap melalui telefon..
Amalan yang khusus sepertimana yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah
lihat dia secara nyata ( face to face) bagi
memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di temani oleh mahram kamu di tempat yang tidak menimbulkan fitnah.
Ini tidak....................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat pemuda-pemudi Muslim yang tidak berakhlak. Jangan nak kata,orang yang
pernah berusrah menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.
Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua agar faham dan jagalah maruah
diri masing masing.Jangan terlalu berani dan tanamkan sifat malu kerana firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bila di sebut nama Allah, maka gementarlah hati mereka" dan "Bertambah-tambahlah
keimanannya" (al-anfal : 2 )
Jika anda hanya ingin bersahabat biasa sekalipun,jikalau teringin mengenali bagi kedua belah pihak,eloklah juga ditemani mahram bagi menghindarkan fitnah.Kuranglah bertelefon
kerana masa yang panjang dan kekerapan hanya akan membenarkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan asyik.
Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal. Apa salahnya guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati-hati.Malah masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang biasa mendidik hati sendiri dan teman anda untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
Salinglah tegur-menegur dan nasihat-menasihati antara satu sama lain,Itulah cinta yang hakiki.Ia bukan sahaja sebagai benteng pertahan diri.Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti si perempuan tidak mahu beri no telefon atau kurangkan bilangan dan masa bertelefon; Hargailah pendirian teman anda.Sesungguhnya segala kebaikan akan
kelihatan'gharib/asing' buat kebayakan manusia.Jika anda menghajati seseorang
untuk di jadikan calon suami/isteri atau mencintai
seseorang tetapi teman anda seolah-olah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan
memperhalusi gerak-gerinya sendiri.Kesabaran dan
kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata.Jangan mengambil jalan
yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.
Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam dan nasihatlah untuk sama-sama kita renungi dan menjadi peringatan buat kita sendiri.Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana sabda baginda saw yang bermaksud:
" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi
pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"
Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan
(Riwayat Muslim)
Wahai semua sahabat yang ku kasihi,Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama
sahabat tak dapat kita bendung.Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan diri sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata-kata kita....
Untuk itu,bagi memudahkan pemahaman yang jelas...nyatakan perasaan anda secara jujur.Ada juga oleh kerana ruang masa ber'chat' untuk
mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.
Bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan ber'chat' biarlah asas kata-kata yang baik dan berhikmah. Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat sifat mazmumah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..
Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti rupawan.Janganlah guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.Malah Saidina Ali (r.a) telah berkata, "Akhlak dan aku adalah asas pokok iman.Orang yang mencintai Allah , dia berhati-hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud;
"Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa,Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya
angan-angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"
Oleh itu janganlah menghampiri fitnah,yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam.Bukan masalah sombong,dan main-main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga.Sesungguhnya
'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.
Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah
sahaja;sesungguhnya cinta kepada manusia
hanya sementara;jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ;tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.Janganlah sahabat-sahabatku menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.
Dan akhir sekali,ada satu cerita mengenai betapa
perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.Diceritakan : dari Asy Syaikh Al Imam Abu
Nashir As SamarQand.....
"Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.
Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh
padat dan berisi,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya.Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata :
"Apakah engkau tidak malu ??? "
"Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri
"Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,mata yang khianat dan apa-apa yang
terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanita itu.
Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidak
terkuasai nafsunya,Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini.
Bertanya wanita itu lagi : -
"Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku"
Kata Hasan al-Basri itu : -
"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
Jawab wanita itu :
"Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan"
Hasan al-Basri mengira,bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut,maka diapun kembali.Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan
saputangannya.Hasan al-Basri membuka penutup,
terpandang akan sepasang mata wanita tadi.
Kata pelayan itu :
"Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"
Gementarlah hati Hasan al-Basri,berdirilah bulu
romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,
"Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "
Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu, berterus-terusan menangis semalaman.Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya
tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.
Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi.
"Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "
Kata wanita itu ;
"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah,oleh sebab engkau"
Kata Hasan al-Basri lagi ;
"Berilah aku nasihatmu"
Kata Wanita tersebut;
"Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah}
kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya."
Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana
kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.
Wallahu A'lam...
RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU...
EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Diskusi