Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
``Sesungguhnya orang yang memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai manusia) hanya sebenarnya mereka memberi pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya perlanggaran itu atas dirinya sendiri.'' (Al-Fath: 10).
Huraian
Dalam usaha menamatkan krisis Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w. mengutus Saidina Usman bin Affan r.a. sebagai perunding dengan puak musyrikin di Mekah.
Walau bagaimanapun tersebar khabar angin bahawa Saidina Usman telah dibunuh oleh pihak musuh.
Berita tersebut menimbulkan keraguan dan kegelisahan sebahagian rombongan yang tidak sabar untuk bertindak balas menghadapi isu pembunuhan perunding Islam itu.
Dalam suasana kegelisahan itu, Allah menurunkan ayat ini supaya umat Islam membuat pengakuan taat setia kepada kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam menyelesaikan krisis Hudaibiyyah tersebut.
Umat Islam yang taat kepada perintah Rasulullah s.a.w. dalam mengendalikan krisis Hudaibiyyah membawa hasil. Saidina Usman r.a. tidak dibunuh dan kembali dengan selamat ke pangkuan umat Islam.
Jika umat Islam tidak berdisiplin mengikut arahan Rasulullah s.a.w. nescaya ia akan merugikan umat Islam sendiri dan berkemungkinan membawa fitnah ke atas kesucian ajaran Islam.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa disiplin dan kesetiaan kepada pemimpin amat penting untuk mencapai hasil yang berkesan dan memuaskan.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Fikirkanlah........
Diskusi