Kisah Benar - Wasiat Buat Isteri Tersayang......

Oleh BudakNakaL
2003-06-04 10:56:15

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Assalamualaikum wbt

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Insya' Allah. Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani
di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan olehsaudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham
pada ketika itu.

Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk
dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar
arwah
(kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap
adiknya
yang meratapi dan merungut itu,lantas beliau melarang adiknya berbuat

demikian sambil bertanya akan sebabnya.Penulis yang masih berada di
situ
merasa
amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu
Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).
Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama
beliau dan anak-anaknya.
Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
berrsama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:
30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut
hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada
kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinyamembantah
keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan

sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah,
peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang
terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali
pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah
hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.
Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku
tidak
pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku,
anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas,

akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her
husband-


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

--
~@~Wat Isn't Tried,Won't Work...So,Wat Worth Fighting For??~@~
RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my