Syarat2 Bersahabat Dalam Islam

Oleh 16597
2003-06-04 09:24:36

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
SYARAT2 BERSAHABAT DALAM ISLAM
assalamualaikum wrmt...
wahai kawan2 sekalian, ini adalah kongsi idea sahaja. semoga kita mendapat manfaat daripadanya. Amin.


Wahai sekalian hamba Allah di muka bumi ini, tahukah kamu semua syarat2 bersahabat ? dengansiapakah harus kamu berdamping? Adakah kamu sedar untunkah kamu memilik sahabat?

Sebelum itu, saya ingin berkongsi idea atas ilmu yang saya pelajari dan hendaklah dikongsi bersama teman2 di ruangan forum mymasjid pada hari in…..

Syarat2 bersahabat dalam islam ..ada 5 syarat antaranya…
1. BERAKAL
Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya.
“ Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut”
-Saidina Ali.K.W-

2. BERAKHLAK MULIA
“Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu”

3. BAIK HATI
Sahabat yang sejati , hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkankebaikkan.

4. ZUHUD
Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengigati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia.

5. BENAR
Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tak baik dan tidak mengkhianati temannya.

Oleh yang demikian,maka ketauilah kita syarat2 bersahabat dan bagaimana mencari sahabat yang betul2 dikatakan sahabat.
Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi,
“ seseorang adalah dalam agama kekasihnya, maka hendaklah dilihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan kekasih (teman)”

yang terakhir, antara hak2 sahabat ialah:
“ Dua orang yang bersahabat dari kedua-duanya, maka yang lebih mencintai dan setia terhadap sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah”

semoga sama2lah kita insane yan daif lagi alpha tentang kewajipan dan tanggungjawab bersahabat dapat menjadi sahabat yang benar2 sahabat.

Sekian saja dari saya, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak baik itu datangnya dari saya. Semoga sama2lah kita berada di batasnya.Amin.

Kongsi idea-Sumber: Pedoman Orang Taqwa ( Syarat Bersahabat)


“ LIFE is like a ROADS. We travel…..some are smooth and some are rough…and some I’d rather forget……but there’s 1 road I won’t regret…road where we met and we became friends”

^HaRgAI hIdUp SeLaGi BerNyAwa^

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my